web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


30 Syarikat Besar Di Negeri Sembilan Setuju Beli Vaksin Sendiri - Exco

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 1:15PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kira-kira 30 syarikat besar di Negeri Sembilan bersetuju untuk membeli vaksin sendiri bagi menangani masalah penularan COVID-19 dalam kluster pekerjaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek.

Mohamad Rafie berkata kesediaan syarikat tersebut dalam pembelian vaksin dapat memanfaatkan hampir 20,000 pekerja dan kerajaan negeri sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membantu syarikat tersebut mendapatkan vaksin COVID-19.

“Kebanyakan kluster di negeri ini berlaku di sektor perkilangan, contohnya Kluster Lengkuk jadi majikan melihat terdapat keperluan untuk memberikan vaksin kepada pekerja mereka dalam kadar segera selain ia adalah satu tanggungjawab bagi mengekang penularan wabak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kesediaan syarikat-syarikat besar ini untuk membeli vaksin tersebut dapat membantu kerajaan Persekutuan dalam urusan pemberian vaksin kepada golongan lebih memerlukan.

Sementara itu beliau berharap kerajaan Persekutuan dapat menyegerakan suntikan vaksin kepada orang awam di negeri ini kerana setakat ini hanya 14 peratus penerima vaksin di negeri ini.

Justeru, masyarakat di negeri ini digesa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan terutamanya menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan termasuk kerap mencuci tangan bagi membendung penularan wabak berkenaan.

Negeri Sembilan merekodkan 291 kes baharu COVID-19 semalam menjadikan jumlah kumulatif wabak itu sebanyak 21,504 kes. - Bernama 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia