web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Neelofa Disiasat Lagi, Tidak Pakai Pelitup Muka Ke Mahkamah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 1:25PM

Kertas siasatan dibuka bagi menyiasat Neelofa tidak memakai pelitup muka ketika ke Kompleks Mahkamah Seremban, semalam. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan usahawan dan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor, 32, yang tidak memakai pelitup muka ketika hadir di Kompleks Mahkamah Seremban di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Laporan polis diterima kerana tindakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka seperti yang diwajibkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada orang ramai, termasuk mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh.

“Penjelasan berkenaan perkara ini telah dikeluarkan KKM setelah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam tular gambar kehadiran Neelofa ke kompleks mahkamah berkenaan, yang mengundang pelbagai respons orang ramai apabila rata-rata mendakwa beliau tidak memakai pelitup muka walaupun mengenakan niqab.

Neelofa dan suami Muhammad Haris Mohd Ismail hadir ke mahkamah bagi prosiding pendakwaan atas kesalahan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di sebuah kedai karpet, di Nilai pada 2 Mei lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

2

Selebriti 6 bulan yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Berpurdah Dan Berbadan Dua Bukan Penghalang Buat Neelofa Disunting Menjadi Model Jenama Mewah Antarabangsa

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Jangan Salah Tafsir Mesej Saya - Neelofa

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia