web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MPHTJ Peruntuk RM900,000 Tambah Baik Kolam Takungan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 May 2021 2:33PM

Kelengkapan dan perabot mangsa banjir yang rosak dimasukkan ke dalam lori untuk dibawa ke tempat pelupusan sampah yang dikhususkan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Sejumlah RM 900,000 akan diperuntukkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dalam menambah baik kolam takungan di kawasan yang terjejas teruk oleh banjir.

Yang Dipertuanya, Datuk Shadan Othman berkata, kerja penambahbaikan itu akan membabitkan dua taman perumahan yang paling mendesak, iaitu di Taman Bukit Beruang Utama dan Taman Melawis, melibatkan tiga kolam takungan.

Beliau berkata, projek itu akan dimulakan secepat mungkin selepas sebut harga dikeluarkan, bagi mencapai sasaran ditetapkan iaitu sebelum November tahun ini.

"Peruntukan itu diluluskan dalam satu Mesyuarat Jawatankuasa Banjir yang dilakukan secara dalaman semalam dan sebut harga akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.

"Ia membabitkan tiga kolam, masing-masing satu di Taman Bukit Beruang Utama dan dua di Taman Melawis, justeru penambahbaikkan ini diharapkan dapat mengurangkan masalah banjir di sekitar Bukit Beruang," katanya.

Shadan Othman
Shadan Othman

Terdahulu, beliau yang menyertai Misi Pembersihan Pasca Banjir Peringkat MPHTJ  membabitkan 700 kediaman terjejas ekoran banjir pada Isnin berkata, program berkenaan bertujuan membantu penduduk membersihkan kelengkapan rumah yang rosak sebelum menghantarnya ke tapak pelupusan dikhususkan.

"Fokus utama kita adalah membantu penduduk membersihkan barangan yang rosak, selain memastikan segala sampah sarap serta bahan buangan dibersihkan bagi mengelakkan sebarang wabak.

"Seramai 200 petugas terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabit dalam misi pembersihan ini," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai penutupan Pasar Borong Batu Berendam yang ditutup selama tiga hari bermula Rabu, Shadan berkata, ia disebabkan terdapat tujuh peniaga menjadi kontak rapat kepada individu yang disahkan positif COVID-19.

"Penutupan itu disebabkan ada peniaga yang menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dan ia dibuat sebagai langkah pencegahan awal.

"Pasar akan beroperasi semula pada Sabtu dan segala kerja sanitasi serta pembersihan sudah dilakukan ini adalah sebagai langkah keselamatan awal bagi mengelakkan kewujudan Kluster Pasar Borong," katanya. - Getaran, 21 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia