web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Potongan Elektrik Untuk Rumah Ada Tunggakan Tidak Lebih 6 Bulan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 2:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tiada pemotongan bekalan elektrik akan dilaksanakan di rumah-rumah kediaman di Semenanjung Malaysia yang mempunyai tunggakan tidak melebihi enam bulan sehingga 30 Jun ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata inisiatif kerajaan dengan kerjasama Tenaga Nasional Bhd untuk membantu rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu, dianggarkan bakal memanfaatkan 6.96 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia.

Bagi membantu pengguna domestik menguruskan pembayaran bil elektrik mereka, Shamsul Anuar  berkata Pelan Bayaran Mudah turut dilanjutkan sehingga 31 Dis ini.

“Diharapkan inisiatif ini akan dapat membantu memelihara kesejahteraan hidup rakyat dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 21 Dis lepas, Shamsul Anuar berkata kerajaan bersetuju supaya tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil elektrik tidak melebihi enam bulan sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 31 Mac ini.

Pengguna domestik turut ditawarkan Pelan Bayaran Mudah selama enam bulan mulai 1 Januari sehingga 30 Jun bagi membantu menguruskan bil elektrik mereka.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP di seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun, sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia