web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gurauan Bawa Bom Di Lapangan Terbang Undang Padah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 May 2021 3:45PM

Peter Umbuas

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Tindakan seorang lelaki bergurau membawa bom membawa padah apabila ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau (LTT), di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, lelaki terbabit berusia 30 tahun dan bertugas sebagai anggota polis bantuan di Petaling Jaya ditahan di kaunter pendaftaran masuk penerbangan ketika pemeriksaan barang dilakukan kakitangan LTT.

Difahamkan, suspek dalam perjalanan dari Semporna ke LTT bagi menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, ketika ditanya isi kandungan barang dalam kotak yang dibawanya, suspek dengan lantang menyebut 'bom' sehingga didengari kakitangan LTT lain di kaunter bersebelahan.

Petugas LTT kemudian segera memaklumkan perkara tersebut kepada pengurusnya, sebelum suspek ditahan Polis Bantuan LTT.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas menerusi sidang media di pejabatnya hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

"Sepasukan Unit Pemusnah Bom dikerahkan melakukan pemeriksaan sebelum menemui hanya bungkusan makanan di dalamnya.

"Suspek dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama isteri dan dua anaknya.

"Dia dipercayai bertindak demikian selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan kakitangan LTT ketika melakukan pendaftaran masuk penerbangan," katanya.

Suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan selepas didakwa melakukan ugutan jenayah. - Getaran, 21 Mei 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia