web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengunjung, Pemilik Pusat Hiburan Dikompaun RM70,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 May 2021 4:37PM

Sebuah kelab malam dikompaun kerana beroperasi tanpa kebenaran sepanjang PKPD di Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Padah beroperasi tanpa kebenaran seorang pemilik premis pusat hiburan dan sembilan pengunjung dikompaun sebanyak RM70,000 di Kompleks Fajar, Jalan St Patrick, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, semua suspek terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita dikesan berada dalam premis berkenaan untuk berhibur.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas berkata, pihaknya menerima aduan berhubung premis tersebut yang beroperasi tanpa kebenaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bagi membendung penyebaran COVID-19.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, polis menemui enam lelaki dan tiga wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun berada dalam premis sebagai pelanggan.

"Terdapat dua wanita warga Thailand, seorang wanita warga Indonesia manakala semua lelaki adalah penduduk tempatan," katanya.

Semua pengunjung itu masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 selepas didapati ingkar arahan PKP  selarah Seksyen 25 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Tambah Peter, selain itu, pemilik premis berkenaan, seorang lelaki berusia 32 tahun turut dikompaun sebanyak RM25,000.

"Ini kerana pusat hiburan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKPB mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya. - Getaran, 21 Mei 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia