web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2,677 Mangsa Banjir Dipindahkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 May 2021 6:28PM

Antara kediaman yang dinaiki air akibat banjir di daerah Tenom dan Beaufort. Gambar: Ardyhansah Amat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEAUFORT - Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di sini, terus meningkat kepada 2,599 individu sehingga jam 4 petang tadi.

Jumlah itu meningkat sebanyak 207 orang berbanding 2,392 sekitar jam 10 pagi tadi.

Pengarah Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Kolonel Sharudin Md Zain berkata, kesemua jumlah mangsa itu adalah daripada dua daerah yang terjejas iaitu Tenom dan Beaufort.

"Tenom terus mencatatkan peningkatan bilangan mangsa dan tertinggi di PPS setakat ini iaitu seramai 2,122, pertambahan sebanyak 24 orang berbanding 2,098 orang, pagi tadi.

"Pada masa sama, Beaufort turut mencatatkan peningkatan sebanyak 177 orang iaitu kepada 471 orang berbanding 294 orang sebelumnya," katanya hari ini.

Sebanyak 21 PPS diaktifkan, dengan 19 daripadanya beroperasi di Tenom manakala dua lagi di Beaufort.

Menurut Sharudin, semua PPS di Sipitang dan Keningau ditutup selepas tiada mangsa dipindahkan di situ.

Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort turut ditenggelami air sedalam satu meter, pagi tadi.

Keadaan Balai Bomba Tenom yang dinaiki air dalam banjir hari ini
Keadaan Balai Bomba Tenom yang dinaiki air dalam banjir hari ini

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, Md Ali Ismail dalam lawatan ke BBP Beaufort berkata, keadaan itu disebabkan air dari kawasan Tenom dan Keningau mula surut dan mengalir ke Beaufort.

"Walaupun keadaan sekarang tidak hujan di sini (Beaufort), kami percaya banjir berlaku berikutan air di kawasan atas iaitu Tenom dan Keningau mula mengalir ke kawasan rendah.

"Keadaan itu menyebabkan kuantiti air Empangan Hydro Pangi semakin bertambah sehingga memerlukan ia perlu dibuka bagi mengurangkan jumlah air takungan," katanya.

Ia sekali gus menyebabkan paras air sungai sekitar Beaufort naik mendadak, sehingga mendatangkan banjir.

Tambah Md Ali, semalam, BBP Tenom turut mengalami perkara sama, namun, telah pulih dengan kadar segera.

"Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak akan menghalang operasi membantu dan menyelamatkan mangsa banjir.

"Pegawai dan anggota bomba bertugas sudah memindahkan semua aset BBP Beaufort ke tempat lebih selamat bagi membolehkan ia digunakan jika diperlukan," katanya.

Dalam pada itu, cuti 32 pegawai dan anggoa bomba BBP Beaufort turut dibekukan sepanjang musim banjir ini.

Menurut Md Ali, pihaknya sudah memohon bantuan dari segi tenaga dan aset dari Zon Kota Kinabalu, bagi memastikan JBPM sentiasa berada dalam keadaan siap siaga berdepan ancaman banjir lebih buruk lagi.

"Dijangka lebih ramai penduduk akan dipindahkan ke PPS.

"Bagaimanapun, masih ada penduduk enggan berpindah keluar dan mengambil keputusan tinggal di kediaman mereka walaupun kampung sudah ditenggelami air," katanya.

Md Ali turut menggesa penduduk setempat agar mengikut arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi mengelakkan kesukaran menjalankan misi menyelamat pada masa akan datang. - Getaran, 21 Mei 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia