web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dr Noor Hisham Bersyukur, RCSEd Tampil Beri Penjelasan Rasmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 May 2021 9:01AM

RCSEd tampil membersihkan nama Dr Noor Hisham selepas dikaitkan kononnya beliau adalah ahli pergerakan Freemasons. - Gambar Twitter@DGHisham

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas beberapa hari hangat dikaitkan dengan kegiatan 'sesat' dan dakyah pergerakan Freemasons, institusi pembedahan terkemuka dunia, Royal College of Surgeon of Edinburgh (RCSEd) tampil memberikan kenyataan rasmi, sekali gus membersihkan nama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, institusi pembedahan tertua dunia itu mengesahkan bahawa Dr Noor Hisham dipilih sebagai penerima Ijazah Fellowship Ad Hominem pada 12 Oktober 2017.

Ketua Perhubungan Antarabangsa RCSEd, Mariette Naud-Betteridge berkata, upacara penyampaian ijazah berkenaan disempurnakan Presiden RCSEd, Profesor Mike Lavelle-Jones pada 2 Februari 2018.

"Anugerah berkenaan adalah bagi mengiktiraf kepakaran Dr Noor Hisham sebagai pakar bedah tersohor dalam bidang pembedahan endokrin.

"Ijazah Ad Hominem ini adalah antara anugerah tertinggi diberikan RCSEd ke atas mana-mana pengamal perubatan yang memiliki rekod perkhidmatan mengagumkan dan disifatkan layak menerima penghormatan seumpama ini," katanya.

Beliau menarik perhatian, jubah dikenakan Dr Noor Hisham pada upacara tersebut adalah pakaian tradisi institut terbabit, yang hanya digunakan dalam majlis berprestij seperti itu.

Nama Dr Noor Hisham hangat diperkatakan di medial sosial sejak beberapa hari lalu, susulan penyebaran sekeping foto yang memperlihatkan beliau mengenakan sehelai jubah berwarna biru.

Jubah berkenaan didakwa netizen sebagai pakaian pergerakan Freemasons, satu pertubuhan antarabangsa yang sering dikaitkan dengan aktiviti keganasan dan organisasi rahsia Zionis.

Dakwaan itu bagaimanapun disangkal Dr Noor Hisham, yang menyifatkan ia sebagai satu fitnah melalui media sosial.

Dalam satu ciapan di Twitter awal pagi tadi, beliau meluahkan kesyukuran selepas RCSEd tampil membuat kenyataan rasmi, sekali gus membersihkan namanya dari terpalit dengan tuduhan tidak berasas itu.

"Penyebaran fitnah melalui media sosial dalam kalangan masyarakat masa kini semakin berleluasa dengan menyebarkan pelbagai berita dan cerita palsu berunsur fitnah. 

"Alhamdulilah pihak Royal College of Surgeons of Edinburgh telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari ini," katanya. - Getaran, 22 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia