web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siasat Kematian Tahanan, Lakukan Inkues - Charles Santiago

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 May 2021 2:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOMBAK - Siasatan menyeluruh dan inkues perlu dilaksanakan susulan kematian seorang lelaki yang dikehendaki polis ketika berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Menurut beliau, terdapat percanggahan fakta antara kenyataan polis dan keluarga dalam isu ini, berhubung kematian S Sivabalan, 43, sekali gus menuntut satu penjelasan menyeluruh yang telus dan terperinci.

"Laporan polis menyatakan bahawa dia meninggal dunia pada jam 12.25 tengah hari, sedangkan ahli keluarganya mendakwa, menerima panggilan daripada polis pada jam 3 petang yang mengatakan Sivabalan tenat di Hospital Selayang.

"Polis turut memaklumkan bahawa si mati meninggal dunia akibat serangan jantung kurang satu jam selepas ditahan. Perkara itu perlu disiasat dan inkues perlu dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi keluarga Sivabalan untuk memberikan penghormatan terakhir kepada lelaki terbabit.

Menurut Santiago, keadilan atas setiap kes kematian dalam tahanan polis perlu diberikan kepada ahli keluarga mereka.

"Inkues ini perlu diketuai oleh pakar daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (EAIC)

"Kita tidak boleh membiarkan polis menyiasatnya sendiri, justeru inkues perlu dilaksanakan dan keputusannya perlu diumumkan kepada masyarakat," katanya.

Beliau turut menggesa supaya keganasan fizikal terhadap tahanan dihentikan pada kadar segera.

Selasa lalu, seorang lelaki yang dikehendaki, S Sivabalan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada di IPD Gombak untuk menyelesaikan proses dokumentasi waran tangkap, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis supaya boleh hadir ke mahkamah. - Getaran, 22 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia