web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Disiasat Kerana Video, Syed Saddiq Syak Campur Tangan Politik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 May 2021 2:52PM

Syed Saddiq selesai memberikan keterangan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumput, hari ini. - Gambar Syeda Imran

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesyaki siasatan polis terhadapnya hari ini mempunyai unsur campurtangan politik daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Beliau, yang disiasat kerana satu video  mengulas tentang kematian tahanan A. Ganapathy, beranggapan begitu setelah dimaklumkan oleh pihak polis tentang arahan “last minute” dari SKMM untuk menyita telefonnya.

“Saya sudah memberi kebenaran untuk mereka menyedut kesemua data dalam telefon saya jadi, kenapa mereka masih mahu merampasnya juga? 

“Saya percaya kepada pihak polis namun, apabila terdapatnya arahan seperti itu dari SKMM maka saya menjadi semakin sangsi,” katanya dalam satu sidang media setelah selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Menurut Syed Saddiq, SKMM mempunyai satu unit khas untuk menguruskan hal ehwal politik dan kempen sabotaj, yang didakwa telah ditutup semasa pemerintahan kerajaan Pakata Harapan (PH) sebelum ini.

“Datuk Saifuddin Abdullah (Menteri Komunikasi dan Multimedia) tahu tentang perkara ini. Kami pernah berada dalam Kabinet yang sama. Adakah unit ini telah dihidupkan semula?” soal Syed Saddiq.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Muar itu menegaskan, beliau tidak akan berdiam diri dalam bersuara mengenai isu kematian dalam tahanan, seperti kes mendiang Ganapathy yang meninggal dunia pada 18 April lalu selepas ditahan di dalam Balai Polis Batu Caves.

“Sebab inilah negara kita memerlukan IPCMC (Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis). Dari menyiasat saya adalah lebih baik penggubal dasar fokus kepada isu hakiki iaitu penubuhan IPCMC.

“Isu kematian dalam tahanan ini adalah perkara yang sangat serius. Mereka boleh ugut dan ambil tindakan terhadap saya, mereka boleh merampas akaun media sosial saya tetapi mereka tidak boleh menyekat suara saya.

“Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya bertangungjawab terhadap rakyat yang pelbagai kaum, berbilang bangsa dan agama untuk menyemak imbang dan mendesak penubuhan IPCMC dilaksanakan secepat mungkin,” tegas beliau.

Syed Saddiq disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta SKMM. – Getaran, 22 Mei, 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia