web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tunda Dos Kedua Vaksin, Kekang Peningkatan COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 May 2021 3:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu menimbangkan kemungkinan untuk menunda suntikan dos kedua vaksin COVID-19 bagi mengekang peningkatan mendadak kes positif harian serta kekurangan bekalan vaksin.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, kes harian positif COVID-19 negara sudah mencapai tahap kritikal apabila hampir mencecah 20,000, hanya dalam tempoh tiga hari. 

Penundaan itu jelas majlis berkenaan, bukan hanya membolehkan pengurangan kes berlaku, malah turut memberi ruang kepada kerajaan untuk melengkapkan jumlah bekalan vaksin, seperti yang dilakukan oleh United Kingdom, Singapura dan India.

“Penyelidikan terbaharu University of Birmingham dengan kerjasama Public Health England mendapati, pemberian Pfizer BioNTech 12 minggu selepas dos pertama menghasilkan tindak balas antibodi jauh lebih kuat berbanding dengan tiga minggu.

“Penyelidik dari Universiti Oxford  juga mendakwa, tindak balas antibodi dilaporkan meningkat dua kali ganda berbanding normal apabila dos kedua ditunda kepada 12 minggu,"  kata majlis berkenaan di sini hari ini.

Turut menandatangani kenyataan bersama itu adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Malaysia (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut kenyataan itu, walaupun kerajaan berulang kali memberi jaminan bahawa Malaysia mempunyai bekalan vaksin mencukupi, kelewatan pemberian ternyata memberi gambaran sebaliknya. 

“Terdapat kekurangan vaksin yang nyata dan kesannya dapat dilihat dengan trend membimbangkan ditunjukkan di seluruh negara.

“Oleh itu kita mesti menerima hakikat ini dan menyedari bahawa ada keperluan yang sangat mendesak untuk kita melaksanakan strategi yang terbukti secara saintifik,” katanya. - Getaran, 22 Mei 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia