web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JKNJ, JAINJ Laksana Aktiviti Surveilan Ke Atas AJK Masjid, Surau Di Johor Bahru

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 May 2021 8:35AM

Seramai 324 AJK masjid dan surau hadir ke dua lokasi ujian saringan dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19. - Gambar dari Facebook JKNJ

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melaksanakan aktiviti surveilan ke atas ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di daerah Johor Bahru semalam susulan kewujudan kluster COVID-19 melibatkan majlis keagamaan akhir-akhir ini.

JKNJ menerusi laman Facebook memaklumkan seramai 324 AJK masjid dan surau hadir melakukan ujian saringan COVID-19 di Masjid At-Taqwa, Taman Kota Masai serta Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti di sini dalam usaha mengawal penularan wabak itu.

“Seramai 75 petugas kesihatan terlibat (dalam aktiviti surveilan) terdiri daripada anggota Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Segamat, Pontian dan Tangkak,” menurut JKNJ.

Untuk rekod, Johor membenarkan hanya 50 jemaah menunaikan solat Jumaat serta solat fardu di masjid dan surau Jumaat manakala 20 jemaah dibenarkan menunaikan solat di surau dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Khamis lepas.

Jumlah itu termasuk pegawai, AJK masjid atau surau dan arahan tersebut turut terpakai bagi aktiviti pengimarahan masjid dan surau hingga 7 Jun ini atau satu tarikh yang akan dimaklumkan Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Johor merekodkan 477 kes baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri itu sebanyak 53,414 kes dengan 202 kematian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia