web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rentas Negeri Dari Labuan Pengaruhi Jumlah COVID-19 Di Sabah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2021 11:37AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Aktiviti rentas negeri dari Labuan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dikesan mempengaruhi peningkatan jumlah COVID-19 di negeri ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, aktiviti berkenaan mencetuskan sekurang-kurangnya tiga kluster dengan lebih 50 jangkitan positif COVID-19.

“Antaranya Kluster Abaka, Tawau dengan 38 kes positif COVID-19 bermula dari seorang guru lelaki berusia 26 tahun dan pasangannya disahkan positif ketika menjalani ujian saringan rentas negeri untuk pulang bertugas di Labuan.

“Mereka dikesan masuk ke Sabah (dari Labuan) pada 8 Mei lalu dan ke Taman Abaka, Ladang Table, Merotai serta terlibat dalam aktiviti kunjung mengunjung sehingga 14 Mei,” katanya, semalam.

Kluster Melikai, Kuala Penyu pula membabitkan kes indeks seorang wanita berusia 50 tahun, yang bekerja sebagai penolong guru tadika perpaduan di Labuan.

Menurut Masidi, pesakit pulang ke Kampung Melikai Menumbok pada 12 Mei lalu, selepas keputusan ujian saringan COVID-19 negatif, walaupun mengalami gejala batuk dan demam ketika itu.

“Kes kumulatif bagi kluster ini seramai 16 orang termasuk wanita tersebut selepas dia disahkan positif COVID-19 pada 17 Mei lalu,” katanya.

Pada 18 Mei lalu, media melaporkan pasangan suami isteri dari Labuan turut mencetuskan Kluster Sungai Imam selepas disahkan positif COVID-19 ketika pulang beraya ke Tawau.

Sebanyak 52 kes positif COVID-19 direkodkan membabitkan kawasan Sungai Imam dan Taman Berkeley.

Sementara itu, Masidi menjelaskan selain Abaka dan Melikai, satu lagi kluster baharu direkodkan berlaku di Sabah membabitkan Kampung Indani, Semporna.

“Menerusi kenyataan media Khamis lalu, Kerajaan Negeri bersetuju mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kampung berkenaan, bermula hari ini (semalam) sehingga 4 Jun depan selepas terdapat sembilan kes positif direkodkan.

“Secara keseluruhan, sebanyak 12 kes kumulatif positif COVID-19 hasil ujian saringan,” katanya.

Tambah Masidi, Kerajaan Negeri turut bersetuju mengenakan PKPD di Kampung Melikai, Estet Silimpopon dan Silimpopon Mill (Kalabakan) bermula esok hingga 6 Jun depan. - 23 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia