web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Percubaan Sistem Padu Pada November, Diguna Januari 2024

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 7:41AM

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka melalui tempoh  percubaan mulai November ini sebelum dibuka kepada orang ramai pada Januari 2024 untuk kegunaan pengesahan maklumat peribadi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata setakat ini, proses pembangunan sistem PADU yang menggabungkan maklumat sosioekonomi bagi setiap isi rumah rakyat Malaysia berjalan lancar mengikut garis masa dirancang. 

“Garis masa PADU dari segi kerangka, use case, interface dan functionality dijangka siap menjelang Oktober ini sebelum diuji pada November hingga Disember dengan data sekumpulan rakyat Malaysia didaftarkan dahulu.

“Insya-Allah kalau semua berjalan baik, maka PADU akan siap untuk memegang (mengumpul) keseluruhan data rakyat Malaysia pada Januari 2024,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Buletin Bernama terbitan Bernama TV di sini, semalam.

Pada 15 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju menubuhkan PADU untuk menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini bagi memperkemas pelaksanaan subsidi bersasar.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata data sistem PADU yang sedang dibangunkan akan merangkumi 270 pangkalan data daripada kementerian dan agensi kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri dan badan berkanun melalui perjanjian perkongsian data sedia ada.

Beliau berkata apabila Akta Omnibus diluluskan di Parlimen nanti, ia akan mengambil alih tata kelola perkongsian data sistem berkenaan dan menggantikan perjanjian itu.

Katanya, Akta Omnibus yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jun tahun hadapan antara lain bertujuan memastikan keselamatan perkongsian data serta memudahkan proses perkongsian data dan menjamin PADU sebagai pangkalan data berterusan. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

2

Semasa 6 bulan yang lalu

PADU Rekod Lebih 10 Juta Pendaftaran - Rafizi

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Orang Ramai Ambil Peluang Hari Terakhir Daftar, Kemas Kini Maklumat PADU

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia