web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rayuan Anak Mat Sabu Didengar 29 Julai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 May 2021 4:52PM

Ahmad Saiful Islam - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rayuan anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam terhadap sabitan dan hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan penyalahgunaan  dadah akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 29 Julai ini.

Peguam Nasar Khan yang mewakili Ahmad Saiful Islam, selaku perayu, berkata rayuan itu akan didengar di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

“Mahkamah memerintahkan pihak kami dan pendakwaan selaku responden dalam kes ini memfailkan hujahan masing-masing sebelum tarikh pendengaran,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Timbalan Pendaftar Farah Azura Mohd Saad hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Izalina Abdullah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Saiful Islam didakwa menggunakan dadah jenis THC di sebuah hotel di sini, pada jam 2.05 pagi, 5 Januari 2019.

Berdasarkan notis rayuan difailkan pada 2 Julai tahun lepas, Ahmad Saiful Islam merayu terhadap keputusan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim pada 24 Jun tahun lalu yang mensabitkan perayu dengan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menghukumnya dengan penjara selama lapan bulan.

Mohamad Aizat menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful Islam, 33, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah juga mengarahkannya menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta polis sejurus selesai menjalani hukuman penjara itu.

Ahmad Saiful Islam diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh keputusan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Dia diperintahkan membayar wang jaminan RM9,000 serta menyerahkan pasport kepada mahkamah selain melapor diri sebulan sekali di balai polis berdekatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 6 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

3

Semasa 1 minggu yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia