web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selangor Pertimbang Ujian Saringan COVID-19 Dari Rumah Ke Rumah - MB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 5:05PM

Amirudin Shari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan mempertimbangkan cadangan pelaksanaan ujian saringan COVID-19 dari rumah ke rumah, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata bagaimanapun perkara itu bergantung kepada jumlah anggota sukarelawan kerana ia memerlukan jumlah pasukan yang ramai.

“Jika mahu lakukan ujian  dari rumah ke rumah kita memerlukan pasukan yang lebih besar,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Kempen Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin bagi mengutip derma untuk rakyat Palestin, di sini hari ini.

Terdahulu, Amirudin berkata Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin itu adalah satu daripada usaha kerajaan negeri menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin dengan sasaran mengumpulkan derma sehingga RM1 juta daripada orang ramai.

“Kutipan tabung ini akan disalurkan dalam bentuk ‘Selangor Aid Truck’ (SELaid) dan juga ambulans serta keperluan perubatan yang lain.

“Keseluruhan kutipan hari ini berjumlah RM223,957.77 dan akan dimanfaatkan oleh Global Peace Mission Malaysia untuk mangsa-mangsa di Palestin dan saya ingin menganjurkan orang ramai untuk turut sama menyumbang demi menyatakan sikap kita dan membantu rakyat Palestin tanpa mengira latar belakang agama dan kaum,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Serangan Israel Di Rafah: Rakyat Palestin Tidak Ulangi Nakba 1948

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia