web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gagal Patuh SOP, 6 Food Rider Dikompaun RM1,500

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 8:26AM

6 penghantar makanan dikenakan kompaun kerana tidak patuhi SOP dan penjarakan fizikal di 4 lokasi di Lahad Datu, semalam. - Gambar polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Seramai enam penghantar makanan e-Hailing atau lebih dikenali sebagai 'food rider' hanya mampu menelan air liur selepas masing-masing dikompaun sebanyak RM1,500 kerana dikesan gagal memakai pelitup separuh muka dan mengamalkan penjarakan fizikal di empat lokasi, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner (ACP) Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya bersama Pejabat Kesihatan Daerah Lahad Datu sebelum itu terbabit dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersasar.

"Antara lokasi yang dikenal pasti adalah sekitar Bandar Sri Perdana, Fajar dan Plaza Darvel Bay.

"Operasi ini memberi tumpuan kepada penghantar makanan e-Hailing bagi memastikan mereka mematuhi SOP PKP termasuk berkaitan kebersihan, tatacara dan garis panduan penghantaran makanan," katanya semalam.

Penghantar makanan dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP - Gambar polis
Penghantar makanan dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP - Gambar polis

Tambah Rohan, hasil pemantauan yang dilakukan terdapat segelintir 'food rider' masih berdegil dan gagal mematuhi SOP PKP sedia ada.

"Sebanyak enam kompaun dikeluarkan dengan nilai keseluruhan RM9,000 membabitkan empat kesalahan gagal menjaga penjarakan fizikal dan dua tidak memakai pelitup separuh muka.

"Teguran turut dilakukan terhadap 'food rider' lain berkaitan amalan cara hidup norma baharu bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di sini," katanya.

Menurut Rohan, pihaknya memandang serius tahap pematuhan SOP PKP dalam kalangan penduduk, apatah lagi ketika negara berdepan dengan cabaran gelombang ketiga dan varian baharu COVID-19 yang dilihat lebih agresif untuk merebak.

"Saya harap menerusi tindakan tegas ini dapat memberi gambaran jelas kepada masyarakat bahawa kami serius dengan perundangan yang sedia ada khususnya dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19," katanya. - Getaran, 25 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia