Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Tidak Akan Layan Tuntutan Remeh Mana-Mana Pihak Ke Atas Sabah

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2023 7:55AM

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak mengiktiraf atau melayan sebarang tuntutan remah yang dibuat oleh mana-mana pihak termasuk sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu ke atas Sabah.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Sabah sudah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan itu pada 16 September 1963. 

"Malah, kolokium ini tepat pada masanya kerana kita baru sahaja meraikan sambutan Hari Malaysia yang ke-60 lebih seminggu lepas," katanya dalam ucapan penutup di Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London 2023: Kedaulatan Negara dan Kekebalan dalam Timbang Tara Komersial di Pusat Resolusi Pertikaian Antarabangsa (IDRC) di London, hari ini.

Zambry berkata, meskipun penghakiman bersejarah yang dibuat oleh mahkamah di Perancis dan Belanda sebelum ini berkaitan tuntutan kumpulan Sulu memihak kepada Malaysia, negara masih berdepan pertempuran dari segi perundangan merentasi pelbagai bidang kuasa di beberapa negara dalam usahanya untuk membatalkan pengiktirafan dan penguatkuasaan award akhir timbang tara dalam kes itu. 

"Meskipun kesemua tindakan ini telah mengorbankan sumber yang berharga iaitu dana yang boleh digunakan bagi menyokong perkembangan sosioekonomi di Malaysia, saya ingin mengulangi di sini bahawa Malaysia tidak akan berkompromo dalam usaha melindungi kedaulatan dan integriti wilayahnya," kata beliau.

Zambry juga berkata, apa yang lebih menjengkelkan susulan pemberian award akhir itu adalah hakikat bahawa nasib Malaysia masih diputuskan oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan rantau Asia Tenggara. 

"Mengapa kelangsungan dan nasib Malaysia terletak di tangan penimbang tara yang berlagak seperti seorang samseng di Eropah? Ungkapan tidak adil langsung tidak boleh mentafsirkan penjajahan bentuk baharu ini. Malah, ia menunjukkan sedari mula lagi, proses timbang tara itu adalah salah. Atau terma yang lebih biasa didengar oleh khalayak hari ini adalah mala fide," katanya.

“Setakat ini, terdapat kebimbangan lebih besar bahawa jika kekurangan dan kelemahan dalam proses timbang tara antarabangsa tidak ditangani dengan segera, negara lain mungkin berdepan nasib yang serupa dengan Malaysia. 

"Hakikat bahawa entiti bukan negara boleh meneruskan penguatkuasaan serentak award akhir yang penuh dengan tipu helah itu tanpa persetujuan pihak yang berkaitan atau dalam kata lain, ‘forum-shopping’ sepatutnya menjadi amaran kepada kita semua di sini hari ini. 

"Bagaimana kita boleh membiarkan timbang tara diselubungi oleh dakwaan penyalahgunaan proses dan tindakan yang salah?" kata Zambry.

Beliau berkata ketika norma, nilai dan amalan biasa semakin menjadi taruhan, semua pihak tidak boleh berdiam diri menyaksikan penyalahgunaan proses timbang tara yang berlaku di depan mata. 

"Tidak dinafikan terdapat entiti jahat yang berniat untuk menjejaskan integriti dan kesahihan sistem timbang tara demi kepentingan sendiri.

"Ini akan mengancam prinsip asas keadilan dan kesaksamaan sistem undang-undang yang dipercayai oleh kebanyakan kita. Dengan itu, sudah tiba masanya kita memperbaharui ekosistem litigasi pihak ketiga bagi memastikan keseimbangan yang adil antara akses kepada keadilan dan ketelusan tindakan litigasi,” katanya. 

Zambry juga berkata Malaysia mengakui kepentingan timbang tara sebagai sebahagian daripada resolusi pertikaian alternatif, peranan institusi timbang tara antarabangsa dan prosesnya dalam menyelesaikan isu-isu yang rumit. 

"Meskipun Tuntutan Sulu telah mengejutkan Malaysia, dan saya percaya, seluruh dunia juga, ia turut menonjolkan hakikat bahawa masanya sudah tiba untuk membaik pulih sistem itu,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Pernah Melihat Mereka? Sila Hubungi Polis Jika Ada

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Bekas Isteri Didakwa Bunuh Nurman

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang

Semasa 1 hari yang lalu

2 Anggota Polis Maut Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

Sukan 3 jam yang lalu

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

Semasa 23 jam yang lalu

Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah, Kata KPN