Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 12:08PM

gambar FB Gaza Freedom Flotilla

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan misi pelayaran bantuan kemanusiaan ke Gaza adalah satu cabaran yang amat besar dan menyeru delegasi Malaysia yang terlibat supaya menjangkakan pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi.

Mohamad berharap dan berdoa supaya misi bantuan itu selamat serta misi tersebut mengambil sikap berhati-hati walaupun kru dari Malaysia yang terlibat pernah mengikuti misi tersebut beberapa kali dan mempunyai pengalaman berhadapan dengan situasi sukar.

"Saya bagi pihak Kementerian Luar dan juga pihak kerajaan, kita amat sukacita dan amat berbangga atas sifat keberanian rakyat Malaysia yang begitu bersungguh-sungguh hendak melihat agar penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin, khususnya di Gaza dapat dibantu melalui bantuan makanan.

"Mereka akan belayar dengan kapal flotila dan ini merupakan satu cabaran yang amat besar kerana kita tidak tahu apa sikap yang akan diambil oleh tentera rejim Zionis apabila mereka (misi bantuan) masuk ke perairan Gaza.

"Sudah semestinya mereka akan menunda balik atau mereka mahu kapal ini masuk ke perairan Israel dan memunggah barangan di sana," katanya kepada Bernama pada majlis makan malam Menteri Luar bersama diaspora Malaysia di Beijing malam tadi.

Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Ahmad.

Misi pelayaran 'Break The Siege: Freedom Flotilla Mission To Gaza 2024' dijangka memulakan pelayaran pada 26 April (esok) ini.

Lapan belas warga Malaysia ketika ini menyertai masyarakat awam antarabangsa untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza melalui jalan laut dengan menaiki flotila berikutan situasi kemanusiaan yang teruk di rantau itu.

Mereka terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.

Antara pengamal media Malaysia yang menyertai flotila itu adalah wartawan penyiaran daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Muhammad Hafızuddin Mohd Yusof dan jurukamera BERNAMA TV, Mohammad Nulhakim Jailan.

Seramai 18 warga Malaysia yang menyertai misi pelayaran 'Break The Siege: Freedom Flotilla Mission To Gaza 2024'  bermula esok. gambar FB Raja Kamarul Bahrin Shah
Seramai 18 warga Malaysia yang menyertai misi pelayaran 'Break The Siege: Freedom Flotilla Mission To Gaza 2024' bermula esok. gambar FB Raja Kamarul Bahrin Shah

Aktivis dari 30 negara termasuk Malaysia, kini berkumpul di Istanbul sejak 18 April untuk persiapan akhir sempena misi 'Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024' itu.

Mohamad menegaskan pendirian Malaysia terhadap Palestin adalah satu prinsip kerana negara menentang sebarang penjajahan, operasi haram dan genosid yang dilakukan oleh rejim Zionis.

"Kami tidak menyokong sesiapa atau mana-mana kumpulan tetapi kami bercakap mengenai rakyat Palestin. Jangan salah faham bahawa kami menyokong mana-mana kumpulan di Palestin. 

"Sebab itu saya selalu katakan malah saya menasihatkan rakan-rakan Kabinet untuk menyatakan jenayah terhadap kemanusiaan, pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan di Palestin dan Israel harus menghentikan pembunuhan itu.

"Mereka tidak boleh mengatakan bahawa ini adalah tindakan mempertahankan diri. Bagaimana anda boleh mengatakan membunuh kanak-kanak lelaki atau perempuan berusia tiga tahun sebagai tindakan mempertahankan diri? Lebih 30,000 orang telah terbunuh. Kami sedang memantau perkembangan terkini di Rafah," katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, kerajaan berhasrat meletakkan Malaysia sebagai negara pertengahan, yang melindungi kepentingan Malaysia sebagai ekonomi terbuka.

Beliau menegaskan dunia telah 'terbahagi kepada dua' yang menyaksikan kembalinya satu lagi perang dingin dan sekiranya dunia tidak berada dalam keseimbangan yang betul, ia boleh menjejaskan Malaysia kerana negara ini sangat bergantung kepada apa yang berlaku di peringkat global.

Mohamad berkata, Malaysia mesti mengamalkan dasar luar yang jelas kepada seluruh komuniti antarabangsa agar mereka dapat membaca dan menilai hala tuju serta hubungan luar negara Malaysia

"Kita mesti menjadikan negara kita ini negara yang mempunyai pendirian sendiri. Apa yang kita mahu lakukan sekarang ialah kita mahu meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara kuasa pertengahan, kita tidak condong kepada sesiapa dan kita tidak memihak kepada sesiapa tetapi kita tahu apa yang kita lakukan dan kita mahu bersahabat dengan sesiapa sahaja.

"Itu sangat penting. Itulah mesej yang kuat dari Wisma Putra kepada misi kita di setiap pelosok dunia bahawa kita perlu meletakkan pendirian negara kita secara jelas supaya tiada siapa yang boleh membaca mesej kita secara salah dan kita boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja," katanya.

Mohamad berada di Beijing untuk lawatan kerja selama tiga hari bermula 23 hingga 25 April.

Lawatan kerja tersebut adalah lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023. Malaysia dan China akan meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun ini.

Mohamad dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi, hari ini bagi membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa membabitkan kepentingan kedua-dua pihak. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Malaysia Tidak Akan Layan Tuntutan Remeh Mana-Mana Pihak Ke Atas Sabah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

11 Lagi Rakyat Malaysia Mangsa Sindiket Kerja Di Kemboja Diselamatkan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

"Ini Keputusan Tidak Gentleman" - Cerita Penuh Eizlan, Idham Diberhentikan

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Samun Pemain TFC Diburu Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Kerjasama Awam-Swasta Bakal Bantu Selesaikan Isu Kekurangan Jururawat

oleh Wartawan Getaran