Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

Ambil swafoto yang sempurna atau berinteraksi dalam perbualan yang dibuat-buat untuk dikongsi ke akaun media sosial masing-masing

Jelajah Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2024 9:34PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Madame Tussauds Hong Kong dengan bangganya mengumumkan ketibaan patung lilin usahawan ikonik, Elon Musk yang pertama di dunia baru-baru ini.

Kehadiran patung ini adalah sebagai salah satu usaha Madame Tussauds Hong Kong untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pengunjung, dan mereka amat berbangga Hong Kong menjadi wilayah pertama di dunia yang mempamerkan patung lilin Elon Musk. 

Sebagai individu berwawasan di sebalik Tesla, SpaceX dan Neuralink, Elon Musk menggamit perhatian global dengan idea berani beliau dan semangat yang tidak berbelah bahagi untuk mencapai inovasi teknologi. 

Sebagai patung lilin Elon Musk yang pertama di dunia, pasukan ini mencipta setiap butiran dengan teliti. Bermula daripada gaya rambut beliau yang ikonik hingga tatapan matanya yang tajam.

Patung ini menonjolkan daya tarikan dan imej hebat beliau dengan sempurna, dihiasi dengan sut kelabu tersendiri, seluar berwarna hitam dan kemeja. Dengan lengan dihulurkan dengan penuh yakin, patung lilin ini menjelmakan personaliti unik Elon Musk, membuatkan pengunjung terasa bagaikan berjumpa dengan dirinya yang sebenar. 

"Menyaksikan pelancaran patung lilin Elon Musk di Madame Tussauds Hong Kong merupakan detik yang mengujakan.

“Kami berharap setiap pengunjung dapat menyaksikan kecemerlangan dan semangat luar biasa daripada individu yang menjadi idola ramai ini. Jika ke Hong Kong, jangan lupa singgah ke sini,” luah Pengurus Besar Kluster Hong Kong, Merlin Entertainments, Wade Chang.

Madame Tussauds Hong Kong dibuka pada setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 9.30 malam. Terdapat pelbagai pilihan tiket yang boleh anda beli dan dapatkan lebih banyak penjimatan dengan buat tempahan secara dalam talian secara terus di laman web rasmi mereka. 

Salah satu pilihan berbaloi ialah ‘Peak Tram Morning Combo’ yang berharga HK$260 selepas diskaun. Tiket ini selain memberi peluang untuk anda melawati Madame Tussauds Hong Kong, anda juga boleh menaiki tram ke Puncak Victoria untuk perjalanan dua hala. - Getaran, 3 Mei 2024

Foto :  Madame Tussauds Hong Kong

Berita Berkaitan

1

TARA 6 bulan yang lalu

Kwan Kee, Kedai Manisan Diiktiraf  ‘Michelin Guide Hong Kong’ Kini Di Malaysia

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Mohamad Faisal Lega Kemarau Gol Berakhir

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Malaysia Benam Hong Kong 2-0, Tutup Siri Aksi Persahabatan Dengan Bergaya

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Arif Aiman, Dos Santos Dilepaskan Akibat Kecederaan

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Gaya 8 jam yang lalu

Pasar Besties Bazaar Memupuk Kebahagiaan, Tangani Masalah Kesihatan Mental

oleh Rahayu MN