web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kwan Kee, Kedai Manisan Diiktiraf  ‘Michelin Guide Hong Kong’ Kini Di Malaysia

Mengakui masih dalam proses untuk mendapat sijil pengiktirafan halal daripada JAKIM, Kwan Kee memberi jaminan kesemua bahan diperoleh daripada pembekal halal

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 11:46AM

Durian sticky rice roll antara sajian istimewa untuk pelanggan di Malaysia kerana ia menggunakan durian Musang King. gambar Kwan Kee

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kwan Kee, kedai manisan dari Hong Kong baru-baru ini telah dibuka secara secara rasminya di SS2, Petaling Jaya , dan ia adalah cawangan pertama di luar Hong Kong.

Mula beroperasi pada 1965, kedai manisan kegemaran ramai ini diusahakan oleh Fu Kwan dan kini diambil alih oleh anaknya, Fu Wing Cheung.

Menceritakan mengenai kaedah penghasilan sajian, Kwan Kee mendedahkan bahawa mereka masih menggunakan kaedah tradisional untuk mengisar tepung beras bagi menyerlahkan keaslian rasa setiap hidangan atau manisan yang disediakan.

Berkat usaha mengekalkan keaslian rasa hidangan, Kwan Kee diiktiraf antara kafe jalanan yang disarankan oleh ‘Michelin Guide Hong Kong’ selama 6 tahun berturut-turut iaitu sejak 2016 hingga 2021.

Signature white sugar rice bowl cake dan brown sugar rice bowl cake.
Signature white sugar rice bowl cake dan brown sugar rice bowl cake.

Antara manisan yang laris terjual adalah kek rice bowl, kek bijan kukus, kek span gula putih dan kek kacang merah kukus. Yang pastinya setiap manisan yang disediakan, dihasilkan setiap hari menggunakan mesin pengisar tepung tradisional.

Namun, berikutan keadaan kesihatan pewarisnya, Fu Wing Cheung yang tidak mengizinkan, manakala anak-anaknya tidak berminat untuk meneruskan perniagaan keluarga, jenama yang sudah melangkaui usia lebih setengah abad itu kini diambil alih oleh Sundy Chim, seorang perantis yang dipercayai oleh Fu.

Menurut Sundy Chim, walaupun sudah bertukar milik, Kwan Kee masih meneruskan tradisi yang telah diusahakan oleh pemilik asal.

Sundy Chim (kiri) dan Fu Wing Cheung.
Sundy Chim (kiri) dan Fu Wing Cheung.

“Setiap kuih dan manisan dibuat setiap hari untuk menjamin kesedapan dan kesegarannya. Tepung beras dikisar setiap hari untuk membuat manisan tanpa menggunakan tepung beras yang dibeli dari kedai dan menggunakan mesin pengisar tepung tradisional. Selain itu, kami juga masih mengekalkan resipi yang sama,” jelasnya.

Ketika diminta mengulas mengenai pembukaan cawangan di Malaysia, Sundy Chim memaklumkan Malaysia menjadi pilihan kerana negara ini terkenal sebagai ‘foodie destination’ kerana kepelbagaian makanannya.

“Kami memilih Malaysia kerana rakyat Malaysia gemar menikmati makanan yang enak sehingga digelar sebagai ‘foodie destination’.

“Selain itu kepelbagaian jenis makanan boleh didapati di Malaysia dan ia antara penyebab kami membuka cawangan pertama kami di Malaysia,” ujar beliau.

Steamed Black Sesame Layer Cake
Steamed Black Sesame Layer Cake

Lebih istimewa, untuk cawangan di Malaysia, anda bukan sahaja boleh menikmati manisan yang popular di Hongkong, tetapi Kwan Kee juga memperkenalkan manisan istimewa iaitu kek beras durian yang menggunakan durian Musang King.

Dalam pada itu, Kafe Kwan Kee di Malaysia kini dalam proses untuk mendapat sijil pengiktirafan hala daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan buat masa ini kesemua bahan yang digunakan dibeli daripada pembekal yang halal, untuk memastikan semua kaum di Malaysia dapat menikmati keenakkan manisan dan kuih dari Kwan Kee. – Getaran, 18 November 2023

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 4 bulan yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Mohamad Faisal Lega Kemarau Gol Berakhir

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Malaysia Benam Hong Kong 2-0, Tutup Siri Aksi Persahabatan Dengan Bergaya

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Arif Aiman, Dos Santos Dilepaskan Akibat Kecederaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara