Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


11 Lagi Rakyat Malaysia Mangsa Sindiket Kerja Di Kemboja Diselamatkan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 11:32AM

Lebih 20 warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pekerjaan haram di Kemboja tiba di KLIA baru-baru ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebelas lagi mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja diselamatkan dan tiba ke tanah air semalam.

Dengan jumlah itu, Wisma Putra memaklumkan, seramai 123 daripada 153 mangsa sindiket penipuan diselamatkan sehingga semalam.

“Kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh akan terus komited dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Kemboja untuk mengesan serta menyelamatkan mangsa.

“Ini bagi membolehkan mereka pulang ke tanah air dengan selamat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan sama, Wisma Putra merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan Kemboja, melalui pihak berkuasa negara berkenaan atas kerjasama baik diberikan dalam mengesan serta menyelamatkan mangsa.

Pada masa sama, Wisma Putra berkata, individu atau waris kepada warganegara Malaysia yang terlibat dalam sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, boleh berhubung terus dengan Kementerian Luar melalui Unit Bantuan Konsular Rakyat Malaysia di Luar Negara menerusi email bkrm@kln.gov.my. 

“Selain itu, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh juga boleh dihubungi melalui emel mwphnompenh@kln.gov.my, sekiranya terdapat individu atau waris yang terlibat dalam sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan sekumpulan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan di negara tersebut, diselamatkan dan kembali ke tanah air.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, yang pada masa itu berada di Phnom Penh untuk lawatan kerja, membawa pulang kesemua mereka yang berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).

Ketika lawatan kerjanya ke Phnom Penh, Saifuddin berkata, beliau sempat melawat tujuh rakyat Malaysia di depoh imigresen di ibu negara Kemboja itu, manakala 22 orang dilaporkan berada di Sihanoukville.

“Mereka akan dihantar pulang secara berperingkat bergantung kepada pihak imigresen Kemboja kerana ada yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, selain kes melibatkan siasatan pihak berkuasa di sana,” katanya. - Getaran, 16 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Wanita Kemboja, Anak Dakwa Melayu Malas Dituduh Di Mahkamah Esok

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Runtuhan Gudang : 3 Pekerja Maut, 2 Parah, 4 Tertimbus - Polis

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 39 minit yang lalu

2 Lelaki Ditahan, Cuba Ceroboh Istana Negara Bawa Parang

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

PM Singapura Bercakap Dengan Anwar, Pemimpin Lain Pada Hari Pertama Bertugas

Semasa 1 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

Semasa 21 jam yang lalu

Kawalan Balai, Kawasan Profil Tinggi Termasuk Istana Dipertingkat – KPN