web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Runtuhan Gudang : 3 Pekerja Maut, 2 Parah, 4 Tertimbus - Polis

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 8:09AM

Sebuah gudang logistik runtuh menyebabkan tiga pekerja pembinaan maut di Batu Maung, Bayan Lepas, malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut dalam insiden runtuhan sebuah gudang logistik yang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas di sini, setakat 1.40 pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamad Usuf Jan Mohamad ketika mengesahkan perkara itu berkata dua mangsa maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.

Beliau berkata empat lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Mohamad Usuf berkata dua mangsa yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang  (HPP) untuk menerima rawatan.

Beliau berkata identiti mangsa yang maut masih belum dikenal pasti. 

Tiga pekerja warga Bangladesh maut, dua parah, empat masih tertimbus setakat 1.40 pagi tadi selepas sebuah gudang logistik runtuh malam tadi. gambar BERNAMA
Tiga pekerja warga Bangladesh maut, dua parah, empat masih tertimbus setakat 1.40 pagi tadi selepas sebuah gudang logistik runtuh malam tadi. gambar BERNAMA

“Kita menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira 9.45 malam dan dimaklumkan terdapat 18 pekerja di tapak pembinaan gudang logistik tersebut tetapi sembilan orang telah keluar solat dan sembilan dilaporkan terperangkap.

“Ketika kejadian kesemua mangsa dikatakan bekerja di bahagian bawah rasuk sepanjang lebih 12 meter dengan berat dianggarkan 14 tan sebelum ia terjatuh lalu melanggar rasuk lain dan menimpa pekerja terbabit.

“Dua mangsa maut di lokasi kejadian dan mayat berjaya dikeluarkan kira-kira 10 malam, manakala seorang yang parah meninggal dunia di HPP,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Mohamad Usuf berkata kren digunakan bagi mengangkat struktur binaan untuk memudahkan akses mencari mangsa yang terperangkap.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JBPM Pulau Pinang Zulfahmi Sutaji berkata kawasan kejadian dianggarkan berkeluasan satu gelanggang bola keranjang dan kren serta peralatan lain digunakan untuk mengangkat binaan yang runtuh.

Beliau berkata Unit Anjing Pengesan (K9) akan dipanggil sekiranya diperlukan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

Dalam pada itu, Konsul Kehormat Bangladesh Datuk Shaik Ismail Allaudin yang turut berada di lokasi berkata pihaknya masih menunggu untuk mendapatkan maklumat kesemua mangsa terlibat.

“Setakat ini saya belum boleh berikan apa-apa kenyataan kerana belum dapat maklumat rasmi.

“Saya sudah minta kontraktor terlibat untuk berikan semua butiran mangsa kerana walaupun kita tahu mereka warga Bangladesh tetapi kita masih perlukan dokumen untuk pengesahan sebelum mengambil tindakan lanjut,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

2

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Siapa Pilihan Pengundi?

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Beranak Maut Dalam Kebakaran Rumah Kedai Di Balik Pulau

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

Semasa 15 jam yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 8 jam yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai

Semasa 15 jam yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN