web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penyerahan Semula Aset TH Bukti Komitmen Kerajaan - Dr Mohd Na'im

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2023 2:29PM

Dr Mohd Na'im Mokhtar - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Penyerahan semula aset Tabung Haji (TH) oleh kerajaan merupakan satu keputusan yang baik dan dilihat sebagai satu pembuktian komitmen kerajaan terhadap badan pengendali haji itu.

Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, pihaknya menyambut baik pengumuman tersebut dan akan berusaha untuk melonjakkan sistem tadbir urus TH.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk melonjakkan Tabung Haji dengan tadbir urus integriti dan profesional demi menjaga kepentingan umat Islam dan para pendeposit.

"Keputusan yang telah diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan telah membuktikan komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan untuk memartabat Tabung Haji selaku institusi berdaya saing serta model pengurusan terbaik yang menghayati nilai-nilai Islam," katanya hari ini.

Menurut beliau, TH juga akan memulakan perbincangan secara rasmi bersama Kementerian Kewangan untuk langkah pentadbiran pengambilan semula asetnya.

"Keputusan yang diambil kerajaan adalah mengambil kira keupayaan dan kestabilan kewangan Tabung Haji sekarang setelah kejayaan Pelan Penstrukturan dan Pemulihan Tabung Haji.

"Tabung Haji akan memulakan perbincangan secara rasmi bersama pihak Kementerian Kewangan Malaysia untuk langkah-langkah pentadbiran pengambilan semula aset Tabung Haji," tambahnya.

Semalam Anwar mengumumkan, kerajaan akan menyerahkan semula aset TH yang dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2018.

Keputusan berkenaan dibuat selepas Kementerian Kewangan berpuas hati dengan isu pengurusan dan tata kelola yang terjadi, selain prestasi kewangan TH yang terus memulih, khususnya selepas bergelut isu kepincangan sebelum ini.

Katanya, penyerahan semula aset TH itu juga menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya aset TH yang diletakkan di bawah Syarikat Bertujuan Khas (SPV) sudah diserah kepada pemilik bukan Islam. - Getaran, 30 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Dijangka Tiba Di Malaysia Rabu Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasat Betul-Betul Agar Badal Haji Tak Jadi ‘Bedal Haji’

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Seorang Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Makkah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia