web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2024 5:23PM

Jemaah haji hanya perlu menumpukan kepada aspek ibadah ketika berada di Makkah dan tidak perlu risau dengan aspek keselamatan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jemaah haji tidak perlu bimbang dengan aspek keselamatan susulan konflik di Asia Barat yang berlaku ketika ini.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, jemaah hanya perlu memberi sepenuh tumpuan bagi memastikan ibadah haji dapat dilakukan dengan sempurna. 

Menurut beliau, selain kerajaan Malaysia, Arab Saudi turut memberi tumpuan dan penekanan dalam perkara berkenaan, melibatkan kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia.

“Jemaah haji jangan fikir terlalu jauh, tinggal beberapa minggu lagi untuk berangkat ke tanah suci, buatlah persiapan secukupnya dan apabila berada di sana tumpukan perhatian dan jangan terkesan dengan pelbagai khabar angin.

“Paling penting rujuklah TH jika ada sebarang permasalahan, Insya-Allah TH akan bersama-sama para jemaah untuk menjalankan ibadah haji sepanjang di sana,” katanya  seperti dilaporkan BERNAMA. 

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH) 2024 di sini hari ini.

Jelas Syed Saleh, situasi di Asia Barat ketika ini berada dalam keadaan terkawal dan tidak memberi kesan kepada jemaah umrah dan haji dari Malaysia. 

Sebelum ini , Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar  dilaporan berkata, keselamatan jemaah haji sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dan TH.

Katanya, kerajaan dan TH bekerjasama rapat dengan kerajaan Arab Saudi, termasuk Kementerian Haji dan Umrah negara itu bagi memastikan kelancaran perjalanan jemaah haji Malaysia.

Pada masa sama beliau turut mengulas persiapan bagi kumpulan pertama jemaah haji yang disifatkan telah dilaksanakan dengan baik termasuk penginapan, pengangkutan dan makan minum jemaah sepanjang di sana.

Seramai 284 jemaah haji akan berangkat ke Tanah Suci pada 9 Mei ini.

“Pada masa sama, petugas haji juga berlepas ke sana pada minggu ini untuk menyiapkan segala kemudahan seperti pejabat, klinik dan sebagainya bagi menerima kumpulan pertama jemaah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan kesemua 31,600 kuota haji pada tahun ini telah diisi sepenuhnya. - Getaran, 22 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Penyerahan Semula Aset TH Bukti Komitmen Kerajaan - Dr Mohd Na'im

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Dijangka Tiba Di Malaysia Rabu Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasat Betul-Betul Agar Badal Haji Tak Jadi ‘Bedal Haji’

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Perhebat Rondaan Di ESSZone, Guna Pesawat Pejuang - ESSCom

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 1 hari yang lalu

‘Tiada Masalah Kewangan Dan Tiada Hutang Pernah Dibuat Setakat Ini' - UIAM

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

Semasa 11 jam yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

oleh Wartawan Getaran