web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perhebat Rondaan Di ESSZone, Guna Pesawat Pejuang - ESSCom

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 2:00PM

Gerakan bersepadu itu perlu ditingkatkan khususnya di kawasan yang disyaki menjadi laluan penjenayah rentas sempadan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mahu operasi pemantauan serta rondaan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) diperhebat termasuk melibatkan penggunaan pesawat pejuang dan helikopter.

Komandernya DCP Victor Sanjos berkata gerakan bersepadu itu perlu ditingkatkan khususnya di kawasan yang disyaki menjadi laluan penjenayah rentas sempadan sekali gus mengekang dan menyekat kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFRG) daripada menyelinap masuk ke perairan Sabah.

"Semasa saya dilantik menjadi Komander ESSCom ini, saya mahu melihat masyarakat ESSZone khususnya pelancong asing yang datang ke pantai timur ini berasa yakin dengan tahap keselamatan mereka semasa berada di sini.

“Sebab itu keberadaan dan ‘show of presence’ pasukan keselamatan di kawasan-kawasan 'hotspot' perlu bagi memberi kawalan keselamatan dan perlindungan kepada pelancong,"  katanya dalam kenyataan hari ini.

Victor, yang juga anak jati Keningau, mengambil alih jawatan Komander ESSCom daripada DCP Mohd Ali Tamby pada 7 Jun lepas.

Menurut Victor, meskipun keadaan keselamatan di ESSZone terkawal daripada sebarang ancaman, kesiapsiagaan dan keberadaan pasukan keselamatan di lokasi strategik dan menjadi tumpuan orang ramai penting bagi menangkis cubaan anasir luar untuk mengganggu gugat kestabilan keselamatan di ESSZone.

Dalam pada itu, beliau berkata ESSCom melalui kerjasama semua pihak berusaha menangani persepsi mengenai keselamatan di ESSZone kerana beberapa negara luar termasuk Jepun dan Korea masih tidak membenarkan rakyat mereka memasuki beberapa kawasan di pantai timur Sabah.

“Pasukan keselamatan  berjaya menyekat kejadian penculikan di perairan beberapa tahun kebelakangan ini, namun mungkin masih wujud kebimbangan dan persepsi terhadap keselamatan di pantai timur Sabah berdasarkan nasihat perjalanan dikeluarkan negara tersebut kepada rakyatnya di negara ini.

“ESSCOM melalui kerjasama semua pihak akan berusaha melakukan tindakan proaktif menggunakan  kaedah dan pendekatan yang efektif dalam menangani persepsi ini,” katanya.

Selain itu, Victor mahu komuniti maritim ESSZone mengambil peranan dengan bekerjasama bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

2

Semasa 7 bulan yang lalu

38 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Sekitar Johor

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjalanan Bas Bawa Pelancong Tertangguh, Pemandu Tiada Lesen Memandu

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Elak Dicekup Imigresen, Wanita Warga Asing Tekad Terjun Bangunan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia