web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ibadat Haji, Malaysia Masih Tunggu Pengumuman Rasmi Arab Saudi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 10:42AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunggu pengumuman rasmi Arab Saudi berhubung jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadat untuk musim haji kali ini.

TH bagaimanapun tetap melakukan persiapan operasi di tanah air sementara menunggu keputusan rasmi kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata TH mengambil maklum pelbagai aspek, susulan laporan beberapa media kedua-dua negara berhubung perjalanan ibadat bagi musim haji kali ini.

“TH membuat persediaan operasi haji di tanah air dan Tanah Suci sejak tahun lalu bagi memastikan kelancaran urusan bakal haji Malaysia tahun ini.

“Bagi operasi haji tanah air, persiapan awal diperkukuhkan dengan mengambil kira amalan norma baharu di stesen berlepas ketika bakal haji melapor diri,” katanya semalam.

Menurut beliau, kerajaan akan akur dengan apa jua keputusan berhubung kebenaran mengerjakan ibadat haji dan kuota jemaah negara ditetapkan Arab Saudi kelak.

Katanya, keputusan akan diumum kepada bakal jemaah sejurus mendapat kenyataan rasmi Arab Saudi.

“Persiapan sudah dilakukan di Makkah dan Madinah dari segi penginapan, pengangkutan, penerbangan, sajian makan dan sebagainya.

“TH turut mengadakan beberapa siri mesyuarat dan bengkel secara berkala dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi persediaan kesihatan dan keselamatan jemaah haji di Tanah Suci,” katanya.

Bermula Mac lalu, Zulkifli berkata, TH menyarankan bakal jemaah haji Malaysia mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi aplikasi MySejahtera atau laman sesawang www.vaksincovid.gov.my.

Katanya, ia bagi memenuhi prasyarat wajib ditetapkan kerajaan Arab Saudi iaitu pengambilan vaksin COVID-19.

“Bakal jemaah juga diminta bersedia mengambil suntikan wajib vaksin meningococcal,” katanya. - Getaran, 25 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia