web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kontroversi Media, KKM Panggil Dr Rafidah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 May 2021 1:48PM

Dr Rafidah Abdullah - Gambar twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pakar Perunding Perubatan Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung kenyataan dibuatnya di Twitter, kelmarin.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, doktor berkenaan yang juga Pakar Nefrologi hospital terbabit akan dipanggil bagi memastikan perkara seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.

"Kenyataan Dr Rafidah bukanlah kenyataan rasmi KKM. Pihak KKM akan memanggil Dr Rafidah untuk mendapatkan penjelasan lanjut bagi memastikan perkara sebegìni tidak berulang lagi.

"KKM sangat menghargai peranan media yang banyak membantu kementerian menangani wabak pandemik COVID-19. Sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali," katanya.

Dr Rafidah menerusi satu ciapan di Twitter dua hari lalu mempersoalkan peranan media dalam menyebarkan serta mendidik rakyat berhubung kepentingan pengambilan vaksin COVID-19.

"Media mana? Tolong tunjukkan kebaikan vaksin kepada rakyat. Tak payahlah cerita artis langgar SOP (prosedur operasi standard).

"Pedulikan mereka ini. Gantikanlah program tidak berilmiah dengan yang boleh mempengaruhi minda masyarakat kita ke arah membuat keputusan yang lebih betul. Lebihkan," ciapnya.

Ini adalah kali kedua doktor yang juga selebriti media sosial itu mencetuskan kontroversi membabitkan media, selepas kali pertama berbuat demikian Mac tahun lalu.

Dalam kontroversi berkenaan, beliau mempertikaikan soalan media yang meminta penjelasan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung dakwaan bahawa sejenis makanan tradisional dikenali sebagai singgang mampu mencegah COVID-19.

Dr Rafidah ketika itu menyelar soalan terbabit yang disifatkan sebagai satu pertanyaan bodoh, dan tidak seharusnya diajukan pada sidang media harian berhubung situasi COVID-19 di Malaysia. – Getaran, 25 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia