web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Modul Literasi Kewangan Bakal Dimasukkan Dalam Program PLKN 3.0 - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2023 8:18PM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa sidang media selepas hadir pada Majlis Penutupan Konvensyen Literasi Kewangan Belia Kebangsaan 2023 di Dewan Berlian Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan supaya modul literasi kewangan turut dimasukkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sebagai persediaan awal generasi muda hadapi cabaran masa depan. 

Beliau berkata, perkara itu dapat dilakukan dengan kerjasama antara Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan PLKN di bawah Kementerian Pertahanan. 

“Beberapa pendekatan mesti dilakukan supaya kadar kebankrapan dapat ditangani pada peringkat awal. Jika ini tidak dibuat maka dikhuatiri sebelum masuk ke pasaran guna tenaga, mereka terlebih dahulu mempunyai keberhutangan yang tinggi dan ini sangat tidak sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutup Konvensyen Literasi Kewangan Belia Kebangsaan 2023 anjuran i-LEAD di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Alam hari ini. Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeo. 

Ahmad Zahid berkata, selain PLKN, institusi pendidikan lain termasuk Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta kolej juga harus menyediakan kursus berkenaan literasi kewangan.

"Modul itu adalah sebagai persediaan awal untuk generasi muda menghadapi cabaran masa hadapan termasuk berkenaan pembelian dalam talian, penawaran kad kredit dan pembelian tanpa tunai," katanya.

Ahmad Zahid berkata, selain PLKN, institusi pendidikan lain termasuk Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta kolej juga harus menyediakan kursus berkenaan literasi kewangan.

Sementara itu, Hannah berkata, KBS melalui i-LEAD kini menumpukan kepada pembangunan sosioekonomi belia dan isu kebankrapan dalam kalangan belia dengan membantu mereka menyedari dan mendapatkan kemahiran untuk berbelanja secara berhemah. 

“Pada tahun ini, sembilan orang di bawah umur 25 tahun diisytihar bankrap manakala 419 orang di antara umur 25 hingga 34 tahun bankrap. Mereka ini tergolong dalam lingkungan umur belia yang rata-ratanya baru memulakan kehidupan dan kerjaya,” katanya. 

Beliau berkata, pada tahun lalu, sebanyak 5,695 kes kebankrapan direkodkan dengan pinjaman peribadi adalah punca terbesar yang menyumbang kepada 46.8 peratus daripada punca kebankrapan lain seperti pinjaman perniagaan, pinjaman perumahan, sewa beli dan kad kredit. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 3 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 4 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia