web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Kaji Faktor Warga Emas Kelantan Gagal Hadir Terima Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 9:07PM

Rina bertanya khabar warga emas semasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Rumah Seri Kenangan Cheng, di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menyelidik secara terperinci faktor yang mendorong sejumlah besar warga emas di Kelantan gagal menghadirkan diri bagi menerima suntikan vaksin COVID-19.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah kementerian akan digerakkan untuk mengenal pasti punca sebenar senario itu.

Katanya, ia mencakupi kerjasama dengan Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia dan Persatuan Usia Emas.

“Usaha ini penting bagi membantu golongan berkenaan dan melihat, apakah wujud masalah lain sehingga mereka gagal menghadirkan diri untuk menerima suntikan.

“Peranan masyarakat seperti ketua kampung, pemimpin masyarakat juga perlu dalam menggandakan usaha menyebarkan maklumat mengenai kepentingan vaksin COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Rumah Seri Kenangan Cheng, di sini, hari ini.

Rina memberitahu, kerajaan akan terus menggerakkan usaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan vaksin, termasuk menggunakan khidmat sukarelawan bagi menyampaikan info yang tepat dan sahih.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menafikan dakwaan kononnya warga emas di pusat jagaan orang tua tercicir daripada menerima di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). 

Jelas beliau, sehingga kini sekurang- kurangnya seramai 652 warga emas di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah mendapat dos pertama vaksin berkenaan.

“Saya tahu ada bermacam maklumat kita terima, kadang-kadang tidak benar, termasuk dakwaan bahawa kerajaan mengabaikan golongan warga emas ini.

“Setakat ini sejumlah 180,933 warga emas sudah menerima kedua-dua dos diperlukan, manakala 693,000 yang lain masih menanti giliran untuk dos kedua,” katanya. - Getaran, 25 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia