web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pekerja Langgar Kuarantin, Polis Melaka Panggil Pengurusan Kilang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 7:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Polis Melaka memanggil pihak pengurusan sebuah kilang di kawasan perindustrian Ayer Keroh di sini semalam susulan penularan rakaman beberapa video dipercayai pekerja kilang berkenaan memakai gelang merah jambu telah melanggar perintah kuarantin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengan ACP Afzanizar Ahmad berkata video berkenaan merakamkan beberapa lelaki dipercayai warga asing keluar dari kediaman mereka untuk membeli barang runcit di Taman Ayer Keroh Height di sini.

"Polis telah menerima laporan berhubung penularan video berkenaan menerusi WhatsApp kira-kira 1.50 tengah hari semalam dan berdasarkan rakaman berkenaan dipercayai terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) telah berlaku.

"Justeru, pengurus sumber manusia kilang tersebut telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah untuk merakam percakapan dan mendapatkan butiran lanjut pekerja terlibat bagi membantu siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati warga asing terlibat baru memakai gelang merah jambu tersebut dan dalam proses dihantar balik ke hostel masing-masing untuk kuarantin.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 15 Perenggan 22 (B) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021 Akta 342.

Dalam pada itu, Afzanizar berkata orang ramai terutama mereka yang diarahkan menjalani kuarantin perlu terus mematuhi arahan berkenaan dan duduk di rumah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Remaja Potong Gelang Kuarantin Dikompaun RM5,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia