web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Potong Gelang Kuarantin Dikompaun RM5,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 1:33PM

Rakaman video dari tiktok mendapati remaja berkenaan menanggalkan gelang pink dipakainya. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAIPING - Gara-gara menanggalkan gelang merah jambu kerana ingin bersiar-siar, seorang remaja perempuan dikompaun sebanyak RM5,000.

Perbuatan remaja terbabit disedari pihak berkuasa selepas video miliknya tular di aplikasi Tik Tok.

Menerusi video berdurasi 31 saat itu, remaja terbabit yang mengenakan topi keledar dilihat memotong gelang berkenaan, sebelum keluar bersiar-siar.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner (ACP) Osman Mamat berkata, susulan kejadian, polis mengeluarkan kompaun terhadap remaja tersebut yang berusia 17 tahun.

Penyebaran video itu jelasnya, berjaya membantu polis mengesan lokasi remaja itu dan mendapati, gelang terbabit ditanggalkan tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan.

"Difahamkan ketika kejadian, dia dikatakan singgah di rumah rakannya dan bertindak memotong gelang berkenaan.

“Siasatan mendapati remaja terbabit menjalani ujian calitan pada Sabtu lalu dan keputusannya masih belum diperoleh,” katanya di sini, hari

Osman berkata, kompaun dikeluarkan mengikut peruntukan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Masyarakat jelas beliau, dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memerangi wabak COVID-19. - Getaran, 3 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi