web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KPKT Terus Gempur Bilik Sewa 'Sarang Burung'

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2023 8:53PM

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menunjukkan bilik sewa umpama 'sarang burung' yang terbabit dalam Operasi Menghalang Bahaya Kebakaran (MBK) di Taman Maluri di sini, hari ini. gambar FB KPKT

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi amaran akan terus menggempur premis komersial dan kediaman yang diubah suai untuk dijadikan bilik sewa umpama ‘sarang burung’, kata Menterinya, Nga Kor Ming.

Beliau berkata, ini berikutan terdapat pemilik premis kediaman yang bertindak mengubah suai rumah dan bilik mereka tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Katanya, pemilik premis harus mematuhi garis panduan serta spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pihak Berkuasa Tempatan, supaya tidak terdedah dengan risiko bahaya kebakaran.

Beliau berkata, tindakan susulan akan diambil bagi memastikan peruntukan undang-undang dapat dikuatkuasakan dan keselamatan nyawa dan harta daripada risiko kebakaran dapat dipelihara atau dilindungi. 

"Antara tindakan akan diambil termasuk mengeluarkan Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran di bawah Seksyen 8 Akta 341, memberi suatu tempoh sesuai kepada pemunya premis untuk mematuhi notis dan sekiranya tidak dipatuhi, satu kertas siasatan akan dibuka bagi tujuan pendakwaan," katanya selepas Operasi Menghalang Bahaya Kebakaran (MBK) di Taman Maluri di sini, hari ini. 

Operasi MBK dilaksanakan selepas pemilik premis yang menyediakan perkhidmatan bilik sewa umpama 'sangkar burung' seakan 'liang lahad' di Taman Maluri gagal mematuhi amaran diberikan kerana membuat pengubahsuaian bangunan tanpa kebenaran.

Beliau berkata, pihaknya sudah memberikan amaran sejak lima hari lalu selepas kegiatan itu didedahkan media tempatan, namun pihak bertanggungjawab tidak memberi sebarang respons terhadap saranan yang diberikan oleh kementeriannya, selain gagal mengubah kembali premis atau bangunan kepada bentuk asal.

"Satu pemeriksaan mengejut dilakukan di sini dan tujuannya bagi mengenal pasti wujudnya bahaya kebakaran di premis yang telah dibuat pengubahsuaian menjadi bilik-bilik sewa 'sangkar burung'. Apa yang saya lihat, adalah satu keadaan yang merbahaya terhadap penghuninya," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai bilik sewa ‘sangkar burung’ yang ditawarkan kepada orang ramai di Taman Maluri.

Bilik sewa kecil yang ditawarkan itu didapati tidak menepati ciri-ciri keselamatan dan kebakaran bangunan serta tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa bagi pengubahsuaian premis dua tingkat berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Cadangan Pilihan Raya PBT Akan Dibincang Bersama KPKT - Dr Zaliha

2

Semasa 7 bulan yang lalu

KPKT Beri Tempoh 2 Tahun Kepada Pengusaha Perkhemahan Patuhi Garis Panduan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

KPKT Sasar Siapkan 20 Projek Terbengkalai Tahun Depan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Takde Siapa Pertikai Serban Dr MAZA, Orang Bising Kenapa Guna Senapang’ - Netizen

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Sukan 14 jam yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 23 jam yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia

Semasa 14 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan