web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Penipuan Forex Tumpas, 58 Individu Dicekup

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Oct 2023 8:44PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian dengan tertangkapnya 58 individu, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kesemua suspek terdiri daripada 24 lelaki tempatan, 32 wanita tempatan serta masing-masing seorang lelaki dan wanita asing.

Menurut beliau, kesemua mereka diberkas dalam serbuan ke atas tiga premis Pusat Bangunan Perniagaan di Bangsar.

“Bertindak atas maklumat risikan kegiatan penipuan dalam talian (calling centre), serbuan dilakukan polis dari Bahagian Risikan/Operasi Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

“Serbuan ini turut menerima kerjasama Bahagian Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya, hari ini.

Amihizam memberitahu, semua suspek berusia antara 20 sehingga 59 tahun.

“Dalam serbuan, polis turut merampas 50 unit komputer riba, empat telefon bimbit pelbagai jenama, sembilan set komputer meja, modem wifi dan dua bunting pengiklanan pelaburan yang digunakan bagi kegiatan tersebut,” katanya.

Tegas beliau, pemeriksaan mendapati terdapat unsur penipuan pelaburan Forex secara dalam talian.

“Sindiket menggunakan platform media sosial bagi mempromosikan serta menawarkan pelaburan dengan menyasarkan mangsa dari pelbagai negara seperti Malaysia, Vietnam, China, Filipina, Singapura dan Eropah yang menjanjikan pulangan lumayan,” katanya.

Jelas Amihizam, semua suspek direman bermula hari ini hingga 23 Oktober untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 / 511 / 120B Kanun Keseksaan.

“Polis ingin menasihatkan orang ramai agar membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman web htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

Katanya, orang ramai juta dinasihatkan agar membuat laporan kepada National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan.

“Anda juga boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03 2297 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 2146 0584/0585 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Amihizam memberi amaran, orang ramai tidak seharusnya mudah percaya dengan sebarang tawaran pelaburan di media sosial, khususnya yang menjanjikan pulangan wang lumayan dalam tempoh singkat.

“Buat semakan dengan agensi/bank berkaitan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan dan jangan dedahkan data peribadi atau maklumat perbankan kepada mana-
mana individu yang tidak dikenali,” katanya. - Getaran, 20 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global