web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


7 Empangan Berisiko Timbulkan Masalah Sumber Air Kepada LRA - SPAN

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2023 4:07PM

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Anthony Santiago menunjukkan buku laporan pemantauan empangan bekalan air 2022 ketika sidang media mengenai Pelaporan Situasi Empangan Bekalan Air di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Tujuh empangan bekalan air dikenal pasti berisiko tinggi mendatangkan masalah sumber air kepada Loji Rawatan Air (LRA) dan kawasan sekitarnya, sekiranya berlaku sebarang kegagalan fungsi empangan terbabit termasuk kerana faktor cuaca.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago dalam sidang media di sini hari ini berkata, tujuh empangan itu adalah Pedu dan Muda di Kedah; Durian Tunggal, Asahan dan Jus di Melaka; Mengkuang di Pulau Pinang; dan Linggui di Johor.

Beliau berkata, tujuh empangan itu diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi dalam Laporan Pemantauan Paras Empangan Bekalan Air 2022 selepas konsep penilaian risiko dibuat berdasarkan tiga faktor utama iaitu prestasi fizikal, rekod paras simpanan dan jumlah LRA di kawasan empangan berkenaan.

"Risikonya adalah terhadap isu pembekalan air, bukan empangan itu sendiri berbahaya. Ia boleh bahayakan pembekalan air sebab di sepanjang sungai yang berhubung dengan empangan itu, terdapat beberapa LRA yang mendapatkan sumber air dari empangan," katanya.

Bagi mengurangkan risiko yang dihadapi ketujuh-tujuh empangan terbabit, beliau berkata, laporan berkenaan mencadangkan supaya kerajaan negeri terlibat untuk membangunkan Takungan Air Pinggir Sungai (TAPS) sebagai kolam takungan dan simpanan air bagi tujuan bekalan air.

"Pembinaan empangan baharu dilihat kurang berkesan kerana memerlukan kawasan tadahan yang luas.

"Oleh itu, pendekatan pembangunan TAPS dilihat sebagai alternatif dalam membantu meningkatkan keupayaan sumber air. Selain sebagai kolam takungan, TAPS juga boleh berfungsi menjadi tebatan banjir," katanya.

Santiago berkata, TAPS bekerja dengan cara air mentah akan diambil dari sungai berdekatan dan disalurkan ke kolam takungan serta menjalani proses prarawatan pemendapan.

Air itu kemudiannya disalurkan ke LRA untuk menjalani proses rawatan selanjutnya sebelum diagihkan kepada pengguna, katanya.

Menurutnya, Selangor sudah mengguna pakai idea TAPS sejak 2008 di Bestari Jaya yang menjadikan bekas lombong sebagai kolam tadahan air untuk menyokong aliran Sungai Selangor yang menerima pelepasan air dari empangan Sungai Tinggi dan Empangan Sungai Selangor.

"Di sinilah kerajaan negeri lain perlu menggunakan cara yang sama. Kita mesti faham bukan sungai sahaja penting tetapi empangan juga penting dalam memastikan kelangsungan sumber bekalan air," katanya.

Santiago berkata, laporan itu juga mengenal pasti 16 daripada 55 empangan bekalan air di Semenanjung Malaysia dan Labuan berusia lebih 50 tahun.

"Bagi empangan tersebut, kajian semula reka bentuk dan keselamatan empangan serta kaiian terhadap simpanan aktif serta simpanan mati perlu dijalankan kerana maklumat reka bentuk asal telah mengalami perubahan yang ketara," katanya.

SPAN adalah badan kawal selia industri perkhidmatan air berdasarkan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Kerajaan Pantau Paras Empangan, Pastikan Bekalan Air Cukup

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Luluskan Kenaikan Tarif Air - Amirudin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Negara Dijangka Tidak Akan Berhadapan Krisis Bekalan Air Seperti 1998 - SPAN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia