web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


YTL Power Saman Kolumnis The Vibes, P. Gunasegaram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 3:01PM

P. Gunasegaram (kanan) membincangkan sesuatu dengan Rajan Navaratnam (tengah).

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengeluar penjana elektrik bebas (IPP) pertama Malaysia, YTL Power International Bhd (YTL Power) telah memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, terhadap kolumnis dan penasihat editorial The Vibes, P. Gunasegaram.

Ia berkaitan artikel yang diterbitkan oleh The Vibes pada 30 Disember 2020, bertajuk “Mukhriz’s crass hypocrisy ignores father’s role in rising corruption”.

Tindakan itu, yang difailkan bersama dengan anak syarikat YTL Power, YTL Power Generation Sdn Bhd (YTLPG), yang menandatangani perjanjian pembelian kuasa (PPA), melibatkan satu isu dalam satu para di artikel terbabit.

Para berkenaan menyatakan: Penggal pertama Dr. Mahathir (1981 hingga 2003) dipenuhi dengan kejadian lain yang perlu disiasat, termasuk projek penswastaan utama. Bekas pengerusi Tenaga Nasional, Tan Sri Ani Arope memberitahu bagaimana beliau dipaksa keluar dari Tenaga Nasional Bhd apabila beliau enggan menandatangani pembelian kuasa secara sepihak yang menjadikan jutawan seperti keluarga Yeoh dari YTL Power dan kemudiannya Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. "

Saman itu menyatakan bahawa kenyataan terbabit sengaja memfitnah dan menyimpulkan:

1. Pemecatan Tan Sri Ani Arope sebagai Ketua Eksekutif TNB adalah untuk memudahkan tandatangan PPA antara YTLPG dan TNB.

2. PPA dianugerahkan kepada YTLPG dengan cara yang tidak betul atau secara melulu.

3. PPA mengandungi unsur tidak wajar dalam persekitaran pemberiannya.

Saman itu menambah bahawa pernyataan itu "diterbitkan secara berniat jahat, palsu dan tidak benar untuk meremehkan plaintif dengan cara reputasi dan / atau nama baik, dan selanjutnya mendedahkan plaintif kepada keadaan kekacauan, ejekan dan skandal.

Selain mendakwa penulis merosakkan reputasi mereka dan menuntut ganti rugi, YTL Power dan YTLPG turut mengemukakan injuksi untuk menghentikan kenyataan berulang tersebut dan permohonan maaf diterbitkan oleh The Vibes.

Dalam pada itu, peguam Gunasegaram, Datuk Seri Rajan Navaratnam dari Sharizat Rashid & Lee, memaklumkan anak guamnya sebelum ini telah menawarkan kepada plaintif untuk menjawab artikel berkenaan bagi pihak mereka di dalam The Vibes, namun ditolak.

Manakala Pengarang Urusan The Vibes, Terence Fernandez berkata, portal berita itu akan menyokong Gunasegaram dalam tuntutan saman tersebut, dan ia dimulakan dengan melantik Rajan sebagai peguam. - Getaran, 26 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia