web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pergerakan Penumpang Antarabangsa Lalui Pemeriksaan Kesihatan Ketat - MAHB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 3:42PM

Sebanyak 102,000 trafik penumpang antarabangsa dicatatkan pada Mac lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Pergerakan penumpang antarabangsa di Malaysia merekodkan kira-kira 107,000 untuk ketibaan dan pelepasan pada April, dan kesemua mereka melalui langkah-langkah pemeriksaan kesihatan dan keselamatan yang ketat sepertimana ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan hari ini memberitahu sebanyak 102,000 trafik penumpang antarabangsa dicatatkan pada Mac manakala Februari (73,000) dan Januari (96,000).

Pergerakan penumpang antarabangsa termasuk warga asing yang kembali ke negara asal mereka, pelajar yang melanjutkan pengajian di luar negara, pemastautin tetap yang pasangan atau ahli keluarga mereka warganegara Malaysia, diplomat dan mereka yang mendapat kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia untuk menjalankan tugas rasmi atau perniagaan.

“Tambahan pula, semua lapangan terbang di Malaysia kekal beroperasi sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan untuk memudahkan urusan menyelamat dan penghantaran pulang, serta penerbangan kargo ke dalam dan luar negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan dakwaan yang tersebar dalam pelbagai platform sembang dan laporan media yang mengaitkan kewujudan pelbagai varian COVID-19 di negara ini dengan trafik penumpang yang tinggi pada April lepas.

MAHB menjelaskan jumlah 1.96 juta pergerakan penumpang yang direkodkan bulan lepas meliputi kesemua rangkaian lapangan terbang kendalian kumpulan itu di Malaysia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG) di Turki, milik penuh MAHB.

Berdasarkan perinciannya, pergerakan penumpang domestik di lapangan terbang Malaysia ialah 523,000 manakala 107,000 trafik penumpang antarabangsa direkodkan sementara di ISG, Turki mencatatkan 913,000 untuk penumpang domestik dan 441,000 penumpang antarabangsa. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia