web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Petugas Masjid Perlu Disenarai Untuk Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 May 2021 5:50PM

Mohd Hafidz Mohamad Suhaile

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pengalaman ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 (PKRC) dilalui Imam 1 Masjid Tengku Afzan, dekat Indera Mahkota, sepatutnya diberi perhatian oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan.

Sudahlah imam dan bilal yang kebanyakannya berusia serta menghidap penyakit kronik perlu hadir menjalankan amanah mereka setiap hari di masjid, mereka berdepan pula risiko penularan wabak ini yang semakin sukar dijangka.

Mohd Hafidz Mohamad Suhaile, 34, yang bertugas di Masjid Tengku Afzan di sini dikesan positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat, selepas bilal masjid berkenaan disahkan positif pada 8 Mei lalu.

Beliau kemudiannya ditempatkan di PKRC Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) sebaik menerima keputusan saringan pada 14 Mei lalu, iaitu hari kedua Syawal.

“Saya disahkan positif hasil ujian saringan berdasarkan kontak rapat dengan kakitangan masjid ini dan bukannya dari mana-mana kluster. 

“Jadi, selepas dapat tahu (positif), saya meminta isteri turut melakukan ujian saringan dan dia turut disahkan positif kira-kira empat hari selepas saya ditempatkan di pusat kuarantin COVID-19 (PKRC) berisiko rendah, dekat Kompleks Sukan Pahang (SUKPA),” katanya yang mengakui setakat ini masih belum menerima suntikan vaksin.

Mohd Hafidz berkata, sudah sampai masanya kerajaan memberi pertimbangan untuk menyenaraikan barisan imam dan bilal masjid di seluruh negara sebagai antara barisan hadapan, untuk diberi keutamaan menerima vaksin.

Dengan sebahagian besar petugas tergolong dalam kategori warga emas dan berisiko tinggi, imam serta bilal ini tetap hadir ke masjid setiap hari bagi memastikan tanggungjawab digalas ditunaikan sebaiknya.

“Cadangan ini bukanlah bermakna saya mahu mendabik dada dengan mengatakan bahawa kami juga frontliners, kita mempunyai barisan frontliners yang hebat dan perkara itu tidak saya nafikan.

“Kalau boleh dipertimbangkan, saya minta jasa baik kerajaan dan Kementerian Kesihatan memberi perhatian juga kepada imam dan bilal, bukan sahaja di Pahang secara khususnya, tapi kalau boleh, semua (imam dan bilal) seluruh negara.

“Macam kami ditugaskan di masjid, kami tidak ada pilihan lain, tetap kena datang ke masjid seperti biasa dan ini berbeza dengan jemaah kerana boleh buat pilihan, jika masjid ini penuh, mereka boleh ke masjid lain, tapi kami tetap kena jalankan tugas seperti biasa,” katanya kepada Getaran.

Diminta berkongsi pengalaman disahkan positif COVID-19, Mohd Hafidz berkata, keputusan ujian itu sangat mengejutkan beliau dan keluarga.

Katanya, walaupun berita itu diterima dengan pasrah, namun beliau akui bahawa keputusan ujian berkenaan menimbulkan rasa bimbang terhadap keselamatan isteri dan dua anaknya berusia lapan dan sepuluh tahun.

“Syukur kerana saya tidak mengalami sebarang gejala sepanjang berada di PKRC dan disahkan pulih sepenuhnya pada 20 Mei lalu. Isteri saya juga disahkan positif pada 18 Mei, manakala kedua anak saya pula negatif.

“Kalau boleh, kepada yang sudah ditawarkan vaksin, ambilah segera kerana ia boleh menjadi pelindung kepada ancaman virus itu. Kalau mereka boleh tengok sendiri suasana di pusat kuarantin, saya rasa mereka tidak tolak tawaran suntikan vaksin diberikan.

“Memang saya ada dengar cerita mengenai ramai yang tolak (vaksin) dan situasi itu berlaku berkemungkinan disebabkan tidak menerima maklumat yang tepat dan terpengaruh dengan dakyah kumpulan anti-vaksin,” katanya.

Beliau juga berharap lebih ramai rakyat mengambil peduli mengenai kepentingan vaksin dalam menghalang penularan wabak COVID-19 bertambah tidak terkawal dan sentiasa mendapatkan maklumat sahih daripada pihak yang berkelayakan. – Getaran, 26 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia