web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Demi Palestin, Zulkifli Lelong Jam Kesayangan Hadiah Raja Arab Saudi

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 5:56PM

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri bergambar bersama-sama pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz. - gambar Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesengsaraan penduduk Palestin angkara kekejaman Israel mendorong mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri melelong jam tangan mewah jenama Rolex miliknya.

Menerusi ciapan, Dr Zulkifli berkata, jam terbabit dihadiahkan oleh pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz.

“Kisahnya bermula pada Februari 2017 apabila saya mendapat panggilan mengejut ketika sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara.

‎‏”Saya diminta oleh Kerajaan Malaysia - selaku Mufti Wilayah Persekutuan -  untuk mewakili semua para mufti dan para ulama Malaysia, menyampaikan ucapan di hadapan Raja Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz hafizahullahu ta’ala dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia,” katanya.

Imbas Zulkifli, beliau beberapa hari selepas itu dihubungi Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia dan diberitahu, ada cenderamata yang dikirim Raja Saudi untuknya.

“Lantas saya minta pegawai saya Dr. Aizam untuk mengambilnya. Saya tidak buka kotak cenderamata tersebut. Ia disimpan di pejabat saya di Putrajaya, sehinggalah saya dilantik sebagai Menteri.

“Semasa saya menjawat jawatan Menteri, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat kedua saya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur,” katanya.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, kotak terbabit hanya dibuka apabila beliau meletakkan jawatan pada 2021z

“Ketika itu kotak tersebut dipindahkan ke pejabat peribadi saya. Di sana, barulah saya membukanya dan memakainya sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada Raja Saudi.

‎‏”Menjunjung kasih DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz atas derma kurnia yang amat bermakna ini. Titah Baginda untuk sentiasa bersederhana, mengutamakan perpaduan ummah dan memartabatkan agama sentiasa akan saya semat dalam hati,” katanya.

Jam Rolex pemberian Raja Salman kepada Zulkifli. - gambar Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri
Jam Rolex pemberian Raja Salman kepada Zulkifli. - gambar Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

Jelas beliau, keputusan melelong jam kesayangan itu adalah demi menjunjung titah tersebut dan meraikan kesungguhan kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan billion dollar kepada Palestin saban tahun.

“Saya ingin membuka bidaan jam Rolex kesayangan saya ini dengan harga tapak RM40,000. Kenaikan bermula RM100 ke atas. Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana.

‎‏”Saya buka kepada yang berminat, untuk membida di ruang komen,” katanya.

Bidaan jam itu tambah beliau, akan ditutup pada jam 12 tengah malam, 31 Oktober.

“Setakat ini di IG (Instagram), jumlah bidaan telah mencapai RM47,000,” katanya. - Getaran, 30 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini