web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lesen Perkhidmatan Udara MYAirline Digantung Serta Merta - MAVCOM

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2023 11:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengumumkan pihaknya telah menggantung Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) MYAirline Sdn Bhd berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan hari ini, suruhanjaya itu berkata menurut seksyen 43(1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771], penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline, serta mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh industri penerbangan pasca pandemik COVID-19.

MAVCOM berkata sebelum ini ia telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada MYAirline pada 13 Okt, 2023, dan mengarahkan syarikat penerbangan itu untuk mengemukakan penjelasan bertulis dalam masa 14 hari.

Ia menambah surat tunjuk sebab itu, antara lain, menekankan kegagalan MYAirline untuk mematuhi syarat-syarat ASL dan penggantungan operasinya secara mengejut pada 12 Okt, 2023.

MAVCOM telah menerima penjelasan bertulis MYAirline pada 27 Okt dan selepas mengkaji penjelasan bertulis itu, suruhanjaya memutuskan untuk menggantung ASL MYAirline kerana penjelasan bertulis tersebut adalah tidak memuaskan.

“MAVCOM juga mempertimbangkan pembatalan ASL MYAirline, namun ia akan memberi kesan kepada usaha untuk memulakan pembayaran balik kepada penumpang yang terjejas,” kata Pengerusi Eksekutifnya Datuk Seri Saripuddin Kasim.

Suruhanjaya itu berkata MYAirline masih bertanggungjawab untuk membuat pembayaran balik kepada penumpangnya yang terjejas mengikut Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC), walaupun ASL telah digantung.

Ia menyatakan sejumlah lebih daripada 117,000 penumpang terjejas disebabkan penggantungan operasi MYAirline dengan nilai jualan hadapan keseluruhan berjumlah lebih RM22 juta untuk penerbangan berjadual dari 12 Okt, 2023 hingga 31 Mac, 2024.

MAVCOM berkata sebahagian besar jualan hadapan adalah daripada agensi pelancongan iaitu sebanyak 58 peratus (RM12.8 juta), diikuti oleh 41.8 peratus (RM9.2 juta) daripada pembayaran yang dibuat melalui kad kredit atau debit.

“MAVCOM akan terus bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mencari penyelesaian untuk penumpang-penumpang yang terjejas dalam mendapatkan wang mereka kembali,” tambahnya.

Pasukan Petugas MAVCOM telah diberi mandat untuk melihat isu bayaran balik penumpang yang terjejas dan memberikan cadangan mengenai langkah seterusnya termasuklah penyelarasan mekanisme perlindungan pengguna penerbangan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Perlu Lesen Sebelum Gajikan Pelakon Kanak-Kanak, Lebih 73 Peratus Syarikat Tidak Tahu - DOSM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lesen Operator Bekalan Air Ditarik Jika Gagal Capai KPI

4

Ekonomi 5 bulan yang lalu

MYAirline Terima Pelaburan Dari Timur Tengah - Sumber

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

oleh Diyana Nawwar

Semasa 14 jam yang lalu

Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan

Semasa 23 jam yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari