web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perlu Lesen Sebelum Gajikan Pelakon Kanak-Kanak, Lebih 73 Peratus Syarikat Tidak Tahu - DOSM

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 5:24PM

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kira-kira 73.13 peratus syarikat yang terlibat dalam filem dan drama tidak tahu mengenai keperluan mendapatkan Lesen Hiburan Awam Kanak-kanak dan Orang Muda sebelum menggajikan pelakon dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kajian mengenai penggajian pelakon kanak-kanak dan orang muda dalam filem dan drama di Semenanjung Malaysia juga mendapati 52.9 peratus syarikat tidak pernah memohon Lesen Hiburan Awam Kanak- kanak dan Orang Muda, dan 47.1 peratus tidak pasti berkenaan dengan permohonan lesen itu.

"Maklumat asas penggajian yang diperoleh menunjukkan bahawa tiga kumpulan umur tertinggi bagi penggajian pelakon kanak-kanak dan orang muda bagi filem atau drama di Semenanjung Malaysia adalah yang umur antara 15 dan 17 tahun 11 bulan yang merangkumi 32.7 peratus; diikuti dengan kumpulan umur 13 tahun 11 bulan hingga 14 tahun 11 bulan (32.4 peratus); dan lima tahun 11 bulan hingga 12 tahun 11 bulan (24.7 peratus)," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Buku Laporan Kajian Penggajian Pelakon Kanak-Kanak dan Orang Muda dalam Filem dan Drama di Semenanjung Malaysia serta Buku Laporan Kajian Diaspora Malaysia di Brunei Darussalam di sini, hari ini.

Menurut Mohd Uzir, sebanyak 361 syarikat yang menggajikan pelakon kanak-kanak dan orang muda dalam filem dan drama telah menjawab soalan-soalan dalam soal selidik yang dijalankan dari 8 Februari hingga 31 Disember lalu, dan ia adalah penyelidikan berorientasikan dasar, yang bertujuan membantu pembuat dasar serta pemegang taruh yang terlibat.

Mohd Uzir berkata, bagi mengatasi isu mengenai keperluan mendapatkan lesen hiburan awam sebelum menggajikan pelakon kanak- kanak dan orang muda, 63.4 peratus syarikat bersetuju bahawa aktiviti pendidikan perburuhan perlu ditingkatkan dalam memastikan pihak-pihak yang terlibat mempunyai kesedaran serta pengetahuan untuk mematuhi undang-undang perburuhan yang berkaitan.

Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 [Akta 350] mentakrifkan kanak-kanak adalah mereka yang berusia di bawah 15 tahun, manakala kelompok orang muda adalah mereka yang berusia 15 tahun ke atas tetapi belum mencapai 18 tahun.

Di bawah akta itu, kanak-kanak antaranya dibenarkan terlibat dalam pekerjaan seperti kerja ringan bersesuaian dengan keupayaan dalam perusahaan keluarganya; dan hiburan awam (berdasarkan lesen yang diluluskan).

Di bawah Akta 350 juga menyatakan tempoh masa bekerja dalam hiburan awam ditetapkan dalam Lesen Hiburan Awam yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah Seksyen 7.

"Dapatan juga menunjukkan bahawa 72.6 peratus syarikat tidak memberikan penyata bayaran gaji atau upah kepada pelakon kanak- kanak dan orang muda yang digajikan," katanya dan menambah 77.3 peratus syarikat menyatakan pembayaran dibuat adalah mengikut jumlah episod atau babak yang dilakonkan, atau rakaman alih suara," katanya.

Mohd Uzir berkata, dapatan juga menunjukkan bahawa 97.8 peratus syarikat tidak melakukan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan 59.3 peratus syarikat tidak merancang untuk melakukan caruman terhadap pelakon kanak-kanak dan orang muda pada masa hadapan.

Beliau berkata, lima sebab utama syarikat tidak mencarum walaupun sedar mengenai keperluan itu adalah kerana mereka merasakan tiada keperluan untuk berbuat demikian disebabkan umur pelakon yang masih muda.

Katanya, alasan lain yang diberikan adalah syarikat tidak dimaklumkan mengenai keperluan untuk mencarum dengan KWSP; pelakon kanak-kanak dan orang muda itu adalah pelakon sementara dan tidak tetap; serta kekangan kewangan syarikat.

Beliau berkata, dapatan kajian juga mendapati waktu penggambaran dan rakaman oleh syarikat produksi menunjukkan 59 peratus melakukan penggambaran tidak menentu atau mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Mohd Uzir berkata, hasil kajian juga telah mencadangkan enam tumpuan strategik yang meliputi 20 inisiatif dan 20 pelan tindakan khusus kepada pihak yang terlibat dalam penggajian pelakon kanak-kanak dan orang muda dalam filem dan drama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Jumlah Penduduk Malaysia Meningkat 2.3 Peratus, 34 Juta Untuk Suku Pertama 2024

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Rekod RM23.8 Bilion

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pelancongan Domestik, Perbelanjaan Rekod RM23.8 Bilion - DOSM

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Gagal Ke Peringkat Akhir, Malaysia Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-12

oleh Diyana Nawwar

Semasa 23 jam yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari

Semasa 4 jam yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar