web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Lesen Operator Bekalan Air Ditarik Jika Gagal Capai KPI

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2024 12:24PM

Akmal Nasrullah Mohd Nasir - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lesen operator di bawah kawal selia Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) boleh ditarik balik jika gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) dalam menyediakan perkhidmatan pembekalan air seperti ditetapkan.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata perkara itu termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Beliau berkata pendapatan operator terbabit dijangka meningkat susulan pelarasan tarif air yang berkuat kuasa 1 Februari ini dan hasil itu hendaklah digunakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta menyelesaikan masalah utama bekalan air di negeri masing-masing.

"Ini merupakan antara KP| yang ditetapkan oleh SPAN kepada operator termasuk memastikan pembangunan dan menambah baik infrastruktur utama dilaksanakan seperti penggantian paip uzur atau pembinaan loji rawatan air baharu.

"Ini sangat penting sebab kita tidak mahu operator menggunakan (hasil pendapatan) untuk tujuan lain seperti naik taraf yang bukan-bukan," katanya pada sesi bertemu media mengenai pelarasan tarif air di sini semalam.

SPAN hari ini memaklumkan pelarasan tarif air bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa pada 1 Feb yang menyaksikan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

Akmal Nasrullah juga berkata beberapa negeri sudah mengemukakan cadangan kepada pihaknya berhubung usaha menambah baik perkhidmatan dan infrastruktur supaya dapat menyediakan bekalan air yang lebih berkualiti di tempat masing-masing.

"Ini yang kita tumpukan dalam tempoh dua atau tiga tahun, untuk kita buktikan bila berlaku pelarasan tarif, ada peningkatan dari segi khidmat yang diberikan," katanya.

Beliau berkata susulan pelarasan itu, pihaknya dan SPAN akan meneliti serta mengawal selia semua perkara dari pelbagai sudut agar pembangunan perkhidmatan bekalan air dapat diteruskan dan dilaksana selain mengambil maklum masalah yang dihadapi oleh operator.

"Justeru kita tekankan sekali lagi setiap negeri perlu ada perancangan untuk selesaikan isu secara spesifik... seperti dari aspek menangani pencemaran, respons, gangguan, aduan dan mengatasi gangguan bekalan air," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Perlu Lesen Sebelum Gajikan Pelakon Kanak-Kanak, Lebih 73 Peratus Syarikat Tidak Tahu - DOSM

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Lesen Perkhidmatan Udara MYAirline Digantung Serta Merta - MAVCOM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis