web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


LTAT Akan Ambil Alih Baki Saham Dalam Boustead Plantations

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2023 3:12PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan mengeluarkan notis berkenaan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat bagi semua baki saham dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant) yang belum lagi berada dalam pegangan LTAT pada harga RM1.55.

Dalam satu kenyataan hari ini, LTAT berkata, langkah itu dilaksanakan selepas memeterai perjanjian penjualan saham tanpa syarat dengan Boustead Holdings Bhd (BHB) bagi mengambilalih 739,199,966 saham BPlant yang mewakili 33 peratus jumlah saham terbitan BPlant.

"Berikutan pengambilalihan yang dinyatakan di atas, LTAT memegang 976,406,066 saham dalam BPlant, mewakili 43.59 peratus daripada jumlah saham terbitan BPlant," katanya.

LTAT berkata, tawaran itu adalah satu langkah penting ke hadapan dalam keseluruhan penstrukturan dan pemulihan kumpulan syarikat BHB dan dalam mengimbangi semula portfolio pelaburannya untuk meletakkan dana dengan lebih baik berbanding profil risiko pulangan.

"Tawaran itu juga memberikan LTAT lebih fleksibiliti dalam menetapkan hala tuju strategik BPlant dan mempercepatkan rancangan penciptaan nilai yang memenuhi objektif LTAT.

"Dana itu kekal teguh dalam meningkatkan kualiti asetnya untuk memberikan pulangan yang mampan kepada pencarumnya, selaras dengan Pelan Strategik LTAT 2023-2025," katanya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, BPlant berkata, ia menerima notis tawaran pengambilalihan mandatori tidak bersyarat daripada penasihat utama bersama, UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd, untuk mengambil alih semua baki saham biasa BPlant yang belum lagi dipegang oleh LTAT.

"LTAT sebagai pihak yang membuat tawaran tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian BPlant. Oleh itu, LTAT tidak akan mengambil sebarang langkah berkaitan kekurangan dalam spread pegangan saham awam BPlant sekiranya BPlant tidak memenuhi Keperluan Spread Awam selepas tarikh tutup," kata notis itu.

la berkata, tarikh tutup tidak boleh lewat daripada hari ke-60 daripada tarikh penghantaran kerana tawaran itu tidak bersyarat pada mana-mana tahap minimum penerimaan.

Katanya, LTAT telah mengesahkan bahawa ia mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk memenuhi penerimaan penuh tawaran itu. Setiap pemegang yang menerima akan dibayar sepenuhnya secara tunai. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

LKAN: PM Arah LTAT, FELDA Kemukakan Laporan Penuh

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Penipuan Pelaburan: Polis Sahkan Terima Laporan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Dr Zulkifli Tak Terlibat Pelaburan Saham, Itu Iklan Palsu!

4

Berita 1 tahun yang lalu

LTAT Umum Dividen 5 Peratus, Tertinggi Sejak 2018

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad