web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


LTAT Umum Dividen 5 Peratus, Tertinggi Sejak 2018

Berita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 1:49PM

Mohamad (tengah) ketika menghadiri Majlis Pengumuman Dividen LTAT di Menara Chulan, di sini hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 mencecah lima peratus, iaitu yang tertinggi sejak pentadbiran kerajaan bertukar pada 2018.

Jumlah agihan dividen untuk tahun 2022 adalah sebanyak RM476.45 juta berbanding 4.1 peratus atau RM379.4 juta pada 2021.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau berpuas hati dengan keputusan yang dicapai oleh LTAT bagi tahun lalu.

Menurut beliau, keadaan ketika ini amat mencabar berikutan pandemik COVID-19 yang menyebabkan pergolakan ekonomi serta turun naik pasaran pada 2022. 

Mohamad Hasan - Gambar oleh Azim Rahman
Mohamad Hasan - Gambar oleh Azim Rahman

"Ini mengambil kira suasana pasaran dan sistem kewangan yang hampir tiga tahun lumpuh disebabkan pandemik, namun pengurusan LTAT telah berjaya mendapat pulangan baik daripada pelaburan mereka. 

"Saya gembira kerana LTAT telah dapat mengumumkan peruntukan kewangan daripada keuntungan tabung sebanyak lima peratus bagi tahun lalu. 

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pengumuman Dividen LTAT di Menara Chulan, di sini hari ini. 

Mohamad berkata, beliau dimaklumkan bahawa faktor utama yang menyumbang kepada keputusan yang lebih baik adalah kejayaan pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi melalui Pelan Transformasi LTAT.

“Saya merakamkan penghargaan apabila LTAT berjaya menghasilkan dividen yang memadai berdasarkan keuntungan operasi syarikat, tanpa mengusik kewangan tabung simpanan syarikat berkenaan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO turut menasihatkan pengurusan lembaga tersebut agar tidak berlumba untuk memberi kadar dividen lebih tinggi seperti yang dilakukan pelbagai agensi lain.

Mohamad berpandangan, LTAT perlu mengekalkan kadar dividen lima peratus pada setiap tahun, namun perkara itu bergantung kepada kemampuan lembaga terbabit.

“Saya tak tetapkan namun mengikut kepada kemampuan pada ketika itu, seboleh mungkin, kekalkan ( dividen) lima peratus. Nasihat saya, LTAT tak boleh berlumba-lumba umumkan kadar tinggi seperti agensi lain.

“Kena fikirkan masa hadapan, mesti ada paras dalam meletakkan (pelaburan) simpanan kita walaupun memperoleh keuntungan banyak. Tidak semestinya perlu memberi dividen tinggi, cukup memastikan akaun mereka selamat kerana tiada siapa yang tahu apa akan berlaku pada tahun 2024 atau 2025,” katanya. - Getaran, 13 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

2

Semasa 6 bulan yang lalu

LKAN: PM Arah LTAT, FELDA Kemukakan Laporan Penuh

3

Ekonomi 6 bulan yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

4

7 bulan yang lalu

Dividen Tabung Haji Bakal Diumum April Ini - Mohd Naim

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok