web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Pertimbang Guna Alat Ujian Pernafasan Kesan Virus COVID-19 - Dr Adham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 May 2021 3:41PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbang penggunaan alat ujian pernafasan yang dikenal pasti sebagai kit baharu bagi mengesan virus COVID-19 di negara ini, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) akan menjalankan ujian klinikal mengenai keberkesanan alat tersebut sebelum meluluskan penggunaannya di negara ini.

“Pada masa, alat ini tular di Singapura kerana ia adalah salah satu alat yang boleh mengesan kehadiran virus COVID-19 dalam udara pernafasan dan ia perlu diteroka untuk digunakan di negara kita.

“Kita masih menunggu supaya pihak MDA boleh luluskan penggunaan (alat ujian pernafasan) itu sekiranya terdapat permohonan daripada pembekal,” katanya dalam sidang media secara maya di sini hari ini.

Pada 24 April lepas, Bernama melaporkan ujian pernafasan yang mudah digunakan bagi mengesan COVID-19 dengan tepat dalam seminit telah mendapat kelulusan sementara Lembaga Sains Kesihatan Singapura (HSA).

Sistem Ujian Pernafasan BreFence Go COVID-19 itu dibangunkan Breathonix Pte Ltd, sebuah syarikat terbitan Universiti Nasional Singapura (NUS).

Mengenai ujian pengesanan COVID-19 melalui kit ujian yang menggunakan kaedah persampelan air liur, Dr Adham berkata kelulusan penggunaan kit ujian tersebut akan diketahui dalam masa terdekat.

“Pengesanan COVID-19 menggunakan sampel air liur ini lebih mudah dah ia boleh dilaksanakan sendiri di rumah masing-masing. Kaedah ini juga diyakini kerana mempunyai sensitiviti dan spesifisiti yang tepat,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa orang ramai boleh mendapatkan kit itu dimana-mana farmasi atau pembekal yang berdaftar dengan KKM apabila ia diluluskan nanti.

“Sekiranya mereka dikesan positif selepas melakukan ujian, mereka perlu asingkan diri dan memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM sedang mengenal pasti dua syarikat yang akan membekalkan kit ujian berkenaan, dan alat itu sedang dalam proses pendaftaran dengan MDA. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia