web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor Bermula Hari Ini

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Nov 2023 5:50PM

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan serta barisan kepemimpinan kerajaan Johor ketika menghadiri Istiadat Letak Kerja sempena ulang tahun keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Besar, Johor Bahru, hari ini. gambar FB Sultan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Upacara sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bermula secara rasmi hari ini dengan berlangsungnya Istiadat Letak Kerja di Istana Besar di sini.

Menurut satu hantaran menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim, istiadat berkenaan disempurnakan dengan menaikkan Bendera Istiadat Kerajaan Johor pada jam 9 pagi tadi.

Istiadat bermula dengan perarakan membawa masuk bendera ke Tugu Peringatan, Istana Besar oleh 10 anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor, disusuli upacara mengikat bendera.

“Upacara menaikkan bendera didahului dengan bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad diikuti satu pengisytiharan istiadat oleh Datuk Penghulu Istiadat, Datuk Ismail Karim.

“Dalam pengisytiharan itu, Ismail memaklumkan bendera akan berkibar sepanjang sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor,” menurut hantaran itu.

Istiadat turut diiringi pasukan pancaragam dan pelepasan tujuh das tembakan meriam oleh pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat).

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Yang DiPertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli serta barisan kepemimpinan kerajaan Johor dan ketua-ketua jabatan.

Kali terakhir Istiadat Letak Kerja diadakan adalah pada Mac 2019. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Upacara Ketenteraan Pelengkap Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong Berkenan Rasmi Hari Landskap Negara 2024

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia