web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jumlah Jemaah Solat Jumaat, Fardu Di Wilayah Persekutuan Dihadkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 7:46AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula hari ini, hanya 50 jemaah dibenarkan menunaikan solat Jumaat di Wilayah Persekutuan bagi masjid dan surau Jumaat yang berkapasiti 1,000 jemaah ke atas, manakala 20 jemaah bagi yang berkapasiti 1,000 ke bawah, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata bagi solat fardu di masjid, surau Jumaat dan surau, bilangan jemaah dibenarkan adalah tidak melebihi 12 orang yang terdiri daripada pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa (AJK) sahaja.

“Bagaimanapun, bagi solat Jumaat dan solat fardu di surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bilangan jemaah dibenarkan hanya 12 orang sahaja yang terdiri dari imam, bilal, noja dan AJK.

“Bagi solat fardu di surau PPR dan PA DBKL, bilangan jemaah dibenarkan hanya tiga orang sahaja yang terdiri daripada imam, bilal dan noja atau AJK,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula solat Jumaat hendaklah digantikan dengan solat Zohor, manakala bagi solat fardu dibenarkan dengan bilangan jemaah tiga orang sahaja iaitu imam, bilal dan noja atau AJK.

Katanya di kawasan PKPD juga, pengurusan jenazah yang melibatkan bukan pesakit COVID-19 hendaklah dilaksanakan di rumah atau premis persendirian dengan had maksimum jurumandi dan petugas seramai lima orang.

“Solat jenazah hendaklah tidak melebihi 12 orang jemaah serta kehadiran bagi pengebumian jenazah tidak melebihi 15 orang termasuk ahli keluarga terdekat,” katanya sambil menambah penjarakan fizikal 1.5 meter perlu dilaksanakan di semua masjid, surau dan surau Jumaat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia