web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anwar Lawat Selatan Thailand Hari Ini

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 9:37AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SADAO, Wilayah Songkhla (Thailand) - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke sini hari ini, dengan fokus untuk membincangkan isu berkaitan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand dengan rakan sejawatannya, Srettha Thavisin.

Lawatan itu adalah atas jemputan Srettha, antara lain bertujuan melihat kemajuan projek jajaran jalan menghubungkan pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Malaysia serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand.

Anwar akan diiringi beberapa menteri, timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Perdana Menteri dijadual tiba di bangunan baharu CIQ Sadao sekitar 11 pagi (waktu tempatan, Malaysia 12 tengah hari) dan dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Srettha.

Kedua-dua pemimpin kemudian akan melawat tapak titik pertemuan Projek Jajaran Jalan Menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao, iaitu projek dua hala yang sedang dilaksanakan Malaysia dan Thailand.

Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan Perdana Menteri Thailand di sebuah hotel, di sini sebelum kedua-dua pemimpin bertolak ke ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah, Malaysia bagi melawat fasiliti itu.

ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao adalah sempadan penting kedua-dua negara dan antara pintu keluar dan masuk utama perdagangan dan pelancongan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

Tahun lalu, jumlah dagangan dua hala melalui ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao menjangkau jumlah RM33.67 bilion, sementara kemasukan pelancong warganegara Thailand ke Malaysia melalui sempadan berkenaan bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 ialah seramai 212,691 orang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

2

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

4

Semasa 2 hari yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan