web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Program Vaksinasi Sektor Peruncitan Bermula Jun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 3:50PM

Alexander Nanta Linggi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Program vaksinasi bagi sektor peruncitan yang dianggarkan melibatkan lebih 500,000 pekerja akan dilaksanakan mulai Jun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) akan melaksanakan program vaksinasi bagi sektor peruncitan itu.

Nanta dalam satu kenyataan hari ini berkata KPDNHEP diberi tanggungjawab untuk merancang dan menyelaraskan program vaksinasi sektor peruncitan itu dengan semua pemain industri yang berkaitan.

“Memandangkan situasi pandemik COVID-19 yang semakin meningkat, pemberian vaksin kepada barisan hadapan ekonomi dilihat sangat mendesak untuk disegerakan khususnya dalam kalangan pekerja sektor peruncitan bagi membantu mencapai imuniti kelompok di negara ini,” katanya.

Menurutnya, satu perjumpaan bersama CITF, persatuan dan pemain industri peruncitan diadakan hari ini, melibatkan kehadiran 60 wakil pemain industri peruncitan.

Syarikat yang berminat menyertai program berkenaan boleh mengemukakan permohonan melalui https://www.vaksincovid.gov.my/ atau berhubung dengan KPDNHEP melalui Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui e-mel kepada spip@kpdnhep.gov.my.

Nanta berkata KPDNHEP akan turut bekerjasama dengan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK), Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) dan Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) bagi mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di lokasi yang strategik di seluruh negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Akan Terima 2.7 Juta Vaksin Bivalen Gantian Vaksin Hampir Luput

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia