web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Kes Baharu Harian Tertinggi Dengan 8,290 Kes - KP Kesihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 5:21PM

Dr Noor Hisham - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Buat kali pertama kali sejak pandemik COVID-19 menular di negara ini pada Januari tahun lepas, jumlah kes baharu harian mencapai angka 8,000 hari ini dengan 8,290 kes dilaporkan.

Berdasarkan hantaran Twitter Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kini sebanyak 549,514 kes.

Selangor kekal menjadi negeri yang menyumbang kepada kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,052 kes tetapi Kelantan menunjukkan peningkatan mendadak dengan 851 kes, seterusnya Kuala Lumpur (830), Johor (762), Sarawak (698) dan Kedah (544).

Negeri Sembilan  merekodkan 520 kes, Pulau Pinang (421), Perak (405), Melaka (380), Sabah (308), Pahang (254), Terengganu (207), Putrajaya (44), Perlis (8) dan enam kes di Labuan.

Sementara itu, dalam kenyataannya Dr Noor Hisham berkata sebanyak 61 kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah terkumpul 2,552 kes.

Selangor mencatatkan kematian tertinggi iaitu 19 kes diikuti Negeri Sembilan (8), Kuala Lumpur (6), Kedah (5), Johor dan Sarawak (masing-masing 4 kes), Perak dan Melaka (masing-masing 3 kes), Pulau Pinang, Kelantan, Labuan dan Terengganu (masing-masing 2 kes), serta satu kes di Sabah. 

Sebanyak 4,814 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama menjadikan jumlah kumulatif 474,139, manakala kes aktif setakat ini berjumlah 72,823 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, 808 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 403 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau juga berkata sebanyak 21 kluster baharu dikesan membabitkan masing-masing enam kluster tempat kerja dan komuniti, empat kluster keagamaan, dua kluster pendidikan lain serta masing-masing satu kluster pendidikan tinggi, kumpulan berisiko tinggi dan pusat tahanan.

Kluster tempat kerja melibatkan kluster Jalan Satu Olak dan Perusahaan Satu Batu Caves di Selangor; Kemumin (Kelantan); Tapak Bina Wangsa Perdana (Kuala Lumpur); Jalan Hospital Tampoi (Johor) dan Perusahaan Valdor (Pulau Pinang).

Kluster komuniti pula ialah Persiaran Sepang Sebelas (Selangor); Kampung Chekok dan Kampung Teliar (Kelantan); Dah Emas Suria (Kedah); Jalan Padi (Negeri Sembilan) serta Tanjung Kepah (Perak).

Empat kluster keagamaan melibatkan kluster Kampung Chubadak dan Seksyen Dua di Kuala Lumpur; Jalan Kampung Bukit (Pulau Pinang) dan Jalan Seroja Kepis (Negeri Sembilan).

Bagi kluster pendidikan lain membabitkan Sri Gombak Lapan (Selangor) serta kluster Dah Pinang (Kedah); kluster pendidikan tinggi iaitu Bukit Ilmu (Kelantan); kluster kumpulan berisiko tinggi (Tawar Empat di Johor) dan kluster pusat tahanan (DTI Bukit Jalil 2 di Kuala Lumpur). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia